Produk KACAX Produk Sampah, Tak Berkualiti, Mahal, Menyesal Beli

 


Produk KACAX, produk sampah, tak berkualiti, mahal, menyesal beli...

Korang pernah dengar ke ada yang cakap macam tu? Mestilah tak kan...Dah bertahun-tahun KACAX berada di pasaran, tak pernah pulak dengar para pengguna barangan KACAX yang merungut atau mengadu barangannya tidak berkualiti atau tidak cantik. Malahan mereka saban tahun menjadi pengguna tegar produk KACAX. Bak kata mereka, "Sekali korang dah pakai baju KACAX, memang selamanya lah KACAX...." haa gituuu!!!

Macam biasa la kan, tahun ni baju raya PA mestilah baju raya KACAX. Selalunya awal-awal sebelum sambut Ramadan, PA memang akan dah tertonggok depan pintu Butik KACAX lah. Bukannya apa, selain taknak berebut-rebut dengan orang ramai, PA dapat memilih dengan jiwa yang tenang. Paling best sebab beli awal-awal ni stok masih banyak, design baru pun banyak. Kompom memang naik juling mata nak memilih. Semuanya korang nak. Tengok yang ni cantik, tengok yang itu cantik, alahaiii...


Haa korang tengoklah, PA dah pilih lebih 10 pasang baju raya tahun ni. PA pilih macam-macam warna, ada cream, ada biru, coklat, oren, hijau, ungu, pink, jalur-jalur, plain, lengan panjang, lengan 3 suku, lengan pendek. PA pilih baju Melayu ada, Kurta pun hadok. Baju Melayu biasanya PA pakai masa first day Raya lah. Pastu hari kedua dan seterusnya PA biasanya pakai Kurta je sebab lebih ringkas dan lebih selesa untuk beraya dari pagi sampai ke malam.

PA suka sangat baju KACAX ni kan sebab bajunya selesa, kalau pakai tu terletak je kat badan. Pastu design dia memang la cantik-cantik. Kainnya pun sejuk je kalau pakai. Dah bertahun PA pakai baju KACAX ni, setakat ni baju yang beli masa mula-mula dulu pun masih lagi elok dan bertahan sampai sekarang. Kalau pakai tu memang tak akan rasa malu lah walaupun baju tu dah berusia lebih 7 tahun. Korang tau sebab apa? Sebab design KACAX ni kan boleh dikatakan 'evergreen'. Pastu kain dan jahitan dia pun helok je. Tak ada pulak rebeh sana rebeh sini, koyak sana koyak sini. Warna baju dia pun masih segar je sehingga sekarang. Memang tak kira musim apa korang pakai pun, KACAX ni memang sentiasa nampak baru. Kalau korang tak percaya korang cuba lah sendiri.



KACAX sekarang dah semakin maju dan popular tau. Kalau korang datang Johor tanya je diaorang siapa je yang tak tau fasal KACAX ni. Budak-budak kecik pun tau. Kalau time nak raya je mesti diaorang merengek kat mak bapak diaorang ajak nak gi beli baju KACAX. Diaorang pun tahu baju-baju KACAX tu cantik dan bermutu tinggi. Pastu diaorang nak pakai baju raya sedondon pulak ngan mak bapak diaorang. Orang Singapura dan Indonesia pun sama. Ni dah masuk bulan Ramadan ni memang sesak la Butik KACAX diaorang serbu. Nasib baik lah Boss KACAX yang handsome tu dah buka banyak cawangan. Kalau dulu korang kalau nak beli baju KACAX memang akan bersesak-sesak la kat Angsana Mall Johor Bahru je, tapi sekarang ni korang dah boleh serbu kat cawangan-cawangan KACAX yang lain :

Butik KACAX, Level 3, Angsana JB Mall

Butik KACAX, Jalan Padi Emas, Uda Business Centre (UBC)

Butik KACAX, GA3 & GA4, B5 Street Market

Booth KACAX, E2/54 & E2/55, Angsana JB Mall

Booth KACAX, E2/1 & E2/2, Angsana JB Mall

Butik KACAX, B05 & B06, @MART Kempas



Sebelum PA terlupa, korang kalau beli baju KACAX atau JAMILAH ni besar kemungkinan korang boleh menang motor tau. Nanti kalau menang boleh la korang cakap "Pakcik menang motor...." Kalau yang beli kat Butik JAMILAH tu kalau menang boleh la cakap "Makcik menang motor..." Hahaha. Syarat-syaratnya pun mudah saja. Korang beli mana-mana produk KACAX & JAMILAH sebanyak RM 50 dalam satu resit dah melayakkan korang 1 penyertaan. Korang boleh hantar seberapa banyak penyertaan pun sepanjang 1 Februari 2025 hingga 31 Julai 2025. Ingat, RM 50 dalam 1 resit bersamaan 1 borang penyertaan. Lagi banyak korang beli lagi besar la peluang korang menang motor.




Kalau korang nak dapatkan info lanjut, korang boleh je klik link-link kat bawah ni:-

Instagram KACAX

Facebook KACAX

Tiktok KACAX


Oklah korang, PA ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Selamat bershopping sakan di Butik KACAX dan Butik JAMILAH. Semoga korang menang motor juga. Pastu jangan lupa tau cakap "Pakcik n Makcik menang motor...yeehaaaaa !!!" So, kalau ada yang cakap Produk KACAX tu Produk Sampah, dia la sebenarnya yang sampah....hahaha!!! Hanya Johari yang mengenal Maniam...ehhh!!!

Post a Comment

2 Comments