Adakah Kesengsaraan Rakyat Selangor Akan Berakhir?

 


Adakah Kesengsaraan Rakyat Selangor Akan Berakhir?

Kita kalau sehari je air paip tak keluar pun, kita dah kecoh giler kan. Bayangkan lah kalau kita takde air berminggu-minggu. Haa, tak ke parah. Nak masak pun susah, nak mandi, nak berwuduk, nak berak, alahaiiii....Korang bayangkan lah macam mana rakyat negeri Selangor yang selalu sangat menghadapi gangguan bekalan air bersih ni. Selalu sangat mereka terputus bekalan air. Ada masa hingga berminggu-minggu lamanya sehingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Katanya masalah ni terjadi berpunca daripada antaranya pencemaran sumber air di sungai-sungai utama seperti Sungai Selangor dan Sungai Langat yang mana loji rawatan air terpaksa dihentikan. Loji dan sistem paip air yang lama yang telah usang dan kuantitinya tidak mencukupi juga adalah masalah utama dari sepuluh tahun dahulu sehingga sekarang tau. Pastu ada pulak kawasan yang bertekanan air rendah seperti di Sungai Merab, Desa Putra dan Kampung Dato Abu Bakar Baginda. Banjir dan kemarau yang sering berlaku kat Selangor pun menjadi salah satu punca bekalan air tidak mencukupi kerana loji tidak dapat berfungsi dan beroperasi.





'Hidup di Selangor keras' - warga maya kongsi keluhan gangguan air berulang

Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments