Menunaikan Ibadah Haji Dengan Kadar Segera Tanpa Menunggu Giliran Berpuluh Tahun
Ù„َبَّÙŠْÙƒَ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ، Ù„َبَّÙŠْÙƒَ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ، Ø¥ِÙ†َّ الْØَÙ…ْدَ ÙˆَالنِّعْÙ…َØ©َ Ù„َÙƒَ ÙˆَالْÙ…ُÙ„ْÙƒَ لاَØ´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ
Labbaika Allahumma labbaik. Labbaika laa syariika laka labbaik. Innal hamda, wan-ni'mata, laka wal mulk, laa syariika laka
Maksudnya :
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.
Acapkali kita mendengar talbiah ini pasti di hati akan meronta-ronta untuk ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji. Namun, setiapkali kita menyemak giliran status tawaran haji dan setiap kali itu jugalah jauh di sudut hati kita akan merasa sedikit kekecewaan kerana apa yang sangat-sangat diidamkan masih lagi tidak menampakkan sinarnya. Status masih menunjukkan berpuluh-puluh tahun lagi baru sampai giliran tawaran haji kita. Terdetik di dalam sanubari, adakah masih hidup lagi kah kita waktu giliran tersebut tiba. Subhanallah.
Korang janganlah terlalu bersedih sekiranya giliran korang untuk mengerjakan ibadah haji masih berpuluh-puluh tahun lamanya. InshaAllah, kalau memang rezeki kita untuk ke tanah suci, pasti ada jalan dan caranya. PA nak sampaikan berita baik kat kita semua, berkemungkinan kita masih berpeluang untuk menunaikan ibadah haji lebih cepat dari jangkaan. Macam mana caranya tu?
Korang pernah dengar tentang MKM Ticketing Travel & Tours? Syarikat ini merupakan salah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan visa umrah. MKM juga mempunyai Lesen Haji daripada Tabung Haji dan merupakan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang menguruskan jemaah haji Malaysia dan merupakan sebuah syarikat 100% Bumiputera. Syarikat ini diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 13 Oktober 2011 sebagai syarikat berhad.
Selain daripada Pengelola Jemaah Haji yang sah di bawah Tabung Haji, MKM Travel mempunyai pengalaman melebihi 13 tahun dalam menguruskan jemaah haji dan umrah dan sejumlah lebih 100,000 para jemaah haji dah umrah telah diuruskan sebaiknya dengan 98.5% para jemaah sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang telah diberikan.
Misi syarikat adalah sentiasa berkhidmat kepada pelanggan dengan jujur, amanah dan profesional dengan memberikan penginapan terbaik, perjalanan yang lancar, pengurusan yang cekap dan menawarkan harga yang sangat berpatutan di samping memberikan alternatif yang sesuai dan fleksibiliti mengikut citarasa pelanggan.
KELAYAKAN PERMOHONAN PAKEJ HAJI MKM TRAVEL
Terbahagi kepada 2 kategori iaitu:-
Kategori 1 - Telah mendapat tawaran haji
Kategori 2 - Masih menunggu giliran dan ingin membuat rayuan
Cara Membuat Permohonan:-
Muat turun dan lengkapkan borang permohonan pakej Haji MKM Travel. Tiada sebarang bayaran deposit dikenakan bagi permohonan pendaftaran.
Bakal jemaah yang telah mendaftar haji sekurang-kurangnya 4 tahun dari tahun semasa boleh mendaftar dengan MKM Travel dan membuat rayuan melalui aplikasi THIJARI. Keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kuota Tabung Haji.
PAKEJ HAJI 2025
Pakej Haji yang ditawarkan oleh MKM Travel adalah merupakan Pakej Haji Swasta dan ianya adalah Pakej Premium.
Berikut adalah pakej-pakej yang ditawarkan oleh MKM Travel :-
Pakej Salam
Tempoh perjalanan lebih kurang 40 hari. Penginapan adalah bermula 2 pax sebilik sehingga 5 pax sebilik. Penginapan di Madinah adalah Millenium al-Aqeeq manakala di Mekah adalah Rayannah Hotel yang jaraknya lebih kurang 400m dari Masjidil Haram. Untuk Mina adalah di Khemah Muassasah. Harga pakej adalah RM 54,900.00 sehingga RM 66,900.00
Pakej Salam Plus
Tempoh perjalanan adalah antara 40-45 hari. Penginapan di Madinah adalah di Worth Peninsula manakala di Mekah adalah di Maysan al-Mashaer. Untuk Mina adalah di al-Arabia Hotel dan Khemah Muassasah. Harga ditawarkan antara RM 58,000.00 sehingga RM 70,000.00
Pakej Menara Jam
Tempoh perjalanan lebih kurang 40 hari. Penginapan di Madinah adalah di Millenium al-Aqeeq sementara di Mekah adalah di Movenpick Hajar. Untuk Mina pula di al-Maqam Suites dan Khemah Muassasah. Harga pakej antara RM 75,900.00 sehingga RM 93,900.00 mengikut jenis bilik.
Pakej Safa
Tempoh perjalanan lebih kurang 20 hari. Penginapan di Madinah adalah di Millenium al-Aqeeq. Di Mekah adalah di Marwa Rayhaan Rotana manakala di Mina adalah al-Maqam Suites dan Khemah Muassasah. Harga pekej ditawarkan antara RM 115,000.00 hingga RM 135,000.00
Pakej Firdaus
Tempoh perjalanan lebih kurang 18 hari. Penginapan di Madinah adalah di Millenium al-Aqeeq sementara di Mekah adalah di Marwa Rayhaan Rotana. Di Mina pula adalah di al-Maqam Suites dan Khemah Muassasah. Penerbangan merupakan Business Class. Perkhidmatan Airport Khas di Saudi, Premium Lounge, GMC dan Bas VVIP dan Khemah VIP di Mina. Harga yang ditawarkan adalah RM 275,000.00 dan penginapan adalah 2 pax sebilik.
Untuk membuat permohonan dan tempahan klik saja PENDAFTARAN HAJI
Maklumat lanjut :
Laman Web : http://www.mkm.my
Email : haji@mkm.my
Telefon : 03-7831 6740 / 03-7831 3740 / 019-700 0079
0 Comments