PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir Membantu Melegakan Demam, Batuk dan Selsema

 


PATI OXYMEL KHAL In-Sanivir Membantu Melegakan Demam, Batuk dan Selsema


Assalamualaikum, hai korang. Apa khabar? Ohh demam, batuk dan selsema ke tu? Alahai...siannya. Mesti tersiksa jiwa raga kan bila badan tak sihat ni, ditambah pula dengan batuk dan selsema yang menggangu rutin seharian, kan. Tak apa lah, kita cuba ikhtiarkan untuk kembali sihat ya.

PA nak cerita sikit la kat sini. Minggu lepas anak bujang PA ada bagitahu badan dia panas dan rasa tak bermaya. Masa tu anak bujang PA berada di asrama. Kemudian PA suruh la dia ke klinik di kampus tempat dia belajar tu. Semasa di klinik tu dia dimasukkan air mungkin kerana badan dia panas sangat kut. Masa tu pun cuma dia berseorangan je. Kawan yang tolong hantarkan dia ke klinik tu tak dapat la nak temankan sebab terpaksa ke kelas. Masa tu PA memang rasa gabra gak la tapi cuma mampu doakan dari kejauhan sambil pantau dari info-info yang dia berikan saja dari masa ke semasa sementara PA bergegas untuk ke kampus dia.



Sesampainya PA dan wife ke tempat anak bujang PA, keadannya masih lagi lemah dan tidak bermaya. PA rasa badan dia pun masih panas. Pastu dalam masa yang sama dia mengalami batuk dan selsema juga. Masa kami sampai tu, anak PA sudah berada di bilik asrama. Kawan yang hantarkan dia ke klinik tu yang tolong hantarkan semula balik ke bilik. Masa tu pun hari dah menjelang malam dan waktu itu pun hujan tak berhenti-henti dari siang. Tanpa berlengah lagi, PA kemaskan barang-barang dia kemudian kami bawa dia balik ke rumah hanya dengan berbekalkan ubat demam dan antibiotik dari klinik sahaja.

Selama 2 hari duduk di rumah, keadaannya masih lagi lemah dan badan masih lagi panas, Batuk dan selsema pun nampaknya masih belum berkurangan. Ubat yang klinik bekalkan pun sudah semakin habis. Makin risau pulak kami dibuatnya. Dah buat ujian RTK dan Influenza, semuanya negatif, tapi demam, batuk dan selsema tak kebah lagi. Selera makan pun dah tak ada kata dia. 

Nak dijadikan cerita, kebetulan haritu ada kawan-kawan PA yang memperkenalkan pati Oxymel Khal In-Sanivir (OKIS). PA pun terus teringatkan OKIS ni PA ada simpan di rumah. Masa tu PA beli di https://shope.ee/7fAsaS4iyp 


Kawan-kawan PA cakap kalau kita amalkan meminum OKIS ni memang bagus untuk melegakan demam, batuk dan selsema. OKIS adalah gabungan tiga ramuan bagi menghasilkan minuman cuka yang terbaik untuk kesihatan. Tiada bahan pengawet, tiada bahan kimia, tiada mengandungi gula, perisa dan pewarna. OKIS ni terdiri daripada Oxymel iaitu ramuan herba yang digunakan sejak zaman-berzaman datuk nenek moyang kita dahulu kala sehingga sekarang. Khal pula adalah merupakan perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap untuk dijadikan cuka. Manakala ramuan ketiga adalah In-Sanivir iaitu ramuan yang diadun khas bagi memberikan kelegaan kepada mereka yang sedang demam, batuk dan selsema.







Apakah kebaikan dan bahan-bahan yang terdapat di dalam pati Oxymel Khal In-Sanivir ni?

Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam OKIS ni adalah cuka kurma ajwa, madu hutan tropika, ekstrak daun pudina dan juga ekstrak rumpai laut. Ianya adalah halal, suci dan bersih yang dibuat 100 peratus buatan tangan dan penerapan sendiri.

OKIS ni dapat membantu melegakan demam, batuk dan selsema. Meredakan masalah sakit kepala, pening dan seumpamanya. Melancarkan hidung tersumbat disebabkan oleh selsema dan membuang angin dalam badan. Melegakan sakit tekak disebabkan oleh batuk dan selsema dan ianya bertindak sebagai tindakbalas segera melawan virus yang berkaitan dengan selsema biasa dan dapat melancarkan sistem pernafasan kita.



Cara-cara Penggunaan Pati Oxymel Khal In-Sanivir

Untuk dewasa, minum sebanyak 1 sudu besar diambil selepas makan. Kemudian minum 2 gelas air putih. Amalkan 2 kali setiap hari atau ketika perlu atau sehingga gejala sembuh.

Untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas, minum sebanyak 1 sudu kecil selepas makan, diikuti dengan meminum 2 gelas air putih. Amalkan 2 kali sehari atau ketika perlu atau sehingga gejala sembuh.


BERITA BAIK!

OKIS ni TIADA tempoh luput dan ianya boleh disimpan untuk jangka masa panjang dan tidak akan rosak. Simpan di tempat kedap udara pada suhu bilik dan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Semakin lama disimpan rasanya semakin sedap. Setiap keluarga wajib simpan ni untuk kegunaan di waktu-waktu kecemasan apabila anak-anak dan keluarga mahupun diri sendiri mengalami gejala-gejala demam, batuk dan selsema terutama sekali dunia sekarang ni diancam pelbagai virus seperti Influenza dan Covid. PA pun sekarang dah simpan di rumah dan di pejabat juga. Kalau ada kawan-kawan yang bergejala je memang cepat-cepat la PA suh dia minum. PA pun minum sekali. Rasa dia sedap weyhhh!!






Ohh ye, sambung fasal anak bujang PA yang busyuk masham tu. Alhamdulillah, selepas PA bagi dia minum OKIS ni, demam, batuk dan selsema dia dah beransur baik dan berkurangan. Selera makan pun dah semakin pulih. Badan pun dah semakin segar. Minggu ni dah masuk kelas semula. Tak boleh nak cuti lama-lama sebab minggu depan dah nak final exam. Takut nanti banyak pembelajaran yang ketinggalan, jenuh gak nak catch up tu. Mudah-mudahan dia lulus dengan cemerlang, aamiin ya rabbal aalamiin.

Post a Comment

1 Comments