ADAKAH BENAR IBADAH QURBAN ATAU KORBAN DI TANAH SUCI MEKAH JAUH LEBIH MURAH BERBANDING DI TEMPAT LAIN

 


APA ITU IBADAH QURBAN / KORBAN (AL-UDHHIYYAH / ADH-DHAHIYYAH)

Qurban atau Korban dari segi bahasa bermaksud 'dekat'. Dalam istilah syarak ianya bermaksud menyembelih haiwan sembelihan tertentu seperti unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT (taqarrub) dan dilakukan hanya pada hari Raya Aidil-Adha (10 Zulhijjah) dan hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kautsar ayat 1-3 yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah salat karena Tuhanmu, dan berkurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus.

Firman Allah SWT lagi di dalam Surah Al-Hajj ayat 36 yang bermaksud:

“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.


Ibadah Qurban adalah merupakan Sunnah Muakkadah iaitu sunnah yang sangat-sangat dituntut untuk dikerjakan oleh umat Islam. Merupakan satu ibadah Ta'abbudi yang sangat mulia di sisi Allah SWT dan mengandungi banyak hikmah di dalamnya. Sejarah ibadah qurban ini bermula di zaman Nabi Ibrahim A.S. yang telah diperintahkan untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S. tetapi sewaktu penyembelihan tersebut berlaku, dengan kuasa Allah SWT, ianya telah digantikan dengan seekor kambing. Ibadah qurban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah.


IBADAH QURBAN DI TANAH SUCI MEKAH

Acapkali kita dengar tentang isu-isu yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak berkenaan dengan amalan melaksanakan ibadah qurban di tanah suci Mekah sedangkan mereka yang ingin melaksanakannya tidak berada di sana pun pada waktu ianya dilakukan. Antara isu-isu yang dibangkitkan dan jawapan kepada persoalan tersebut :

1. Adakah qurban di tanah suci Mekah boleh dipercayai?

Jawapan : Terdapat banyak syarikat dan agen-agen yang menawarkan perkhidmatan ibadah qurban di tanah suci Mekah. Langkah berhati-hati di dalam memilih syarikat dan agen-agen adalah sangat perlu dititikberatkan supaya kita tidak tertipu dengan syarikat-syarikat atau agen-agen yang mengambil kesempatan menipu orang ramai. Pilih la syarikat yang berpengalaman dan boleh dipercayai.

2. Kenapa harga kambing di tanah suci Mekah terlalu murah berbanding di Malaysia?

Jawapan : Kambing merupakan makanan asasi para penduduk di tanah suci Mekah. Oleh yang demikian, harga kambing jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga kambing di negara kita. Keutamaan melaksanakan ibadah qurban adalah setahun sekali tetapi ramai di kalangan kita tidak dapat melakukannya disebabkan faktor kewangan. Sayugia itu, dengan terdapatnya tawaran harga jauh lebih murah dan mampu milik jika melaksanakan ibadah qurban di tanah suci Mekah maka ramai di kalangan kita yang mampu untuk menunaikan ibadah qurban ini hampir saban tahun. Malahan ada juga syarikat yang menawarkan perkhidmatan 3 kali bayaran secara ansuran tanpa faedah secara tidak langsung memberikan kesempatan kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk turut sama melaksanakan ibadah qurban untuk diri sendiri dan keluarga mereka juga.

3. Ke mana daging-daging korban di tanah suci Mekah diagih-agihkan?

Jawapan : Daging-daging qurban di tanah suci Mekah ini diedarkan ke beberapa negara Islam yang miskin. Antara negara-negara penerima daging qurban tersebut adalah Azerbaijan Bangladesh, Burkina Faso, Chad, Comoros, Djibouti, Gambia, Ghana Guinea Bissau, Guinea Conakry, Iraq, Jordan, Lubnan Liberia, Mali, Mauritania Mauritania, Mozambique Niger, Pakistan, Palestin, Senegal, Sierra Leone, Sudan, Syria dan Tanzania.

4. Ada berapa buah pusat sembelihan di tanah suci Mekah?

Jawapan : Terdapat kurang daripada 10 buah Pusat Sembelihan yang dilesenkan atau yang diberi permit untuk melaksanakan urusan penyembelihan haiwan-haiwan sembelihan di tanah suci Mekah.

5. Kenapa bukti bergambar atau video secara individual tidak dapat diberikan?

Jawapan : Jemaah Haji pada tahun 1444H adalah seramai 2 juta orang. Purata sembelihan setiap orang Jemaah adalah 1 ekor kambing iaitu sembelihan dam dan qurban. Sembelihan qurban yang dibuat oleh penduduk setempat dan orang luar di tanah suci Mekah adalah sekitar 1 juta ekor kambing. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sembelihan dalam masa 4 hari pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah sebanyak 3 juta ekor kambing. Dengan jumlah sembelihan sebanyak ini adalah sukar atau tidak mungkin Pusat Sembelihan dapat memberikan bukti berbentuk gambar atau video secara individu. Namun demikian bukti gambar dan video dapat diberikan secara keseluruhan sahaja. Contoh gambar-gambar dan video sebagaimana di bawah :



 


PERKHIDMATAN IBADAH QURBAN OLEH UTS TRADING ENTERPRISE

UTS Trading Enterprise merupakan sebuah syarikat yang mengendalikan perniagaan ibadah qurban dan aqiqah di tanah suci Mekah secara terus tanpa menggunakan perkhidmatan agen atau orang tengah. Berpengalaman melebihi 6 tahun dan sangat-sangat dipercayai (trusted). Mempunyai kakitangan di Malaysia dan Arab Saudi. Hanya menggunakan pusat sembelihan yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi dan sudah semestinya terjamin.



7 SEBAB KENAPA PILIH UTS TRADING


1. Harga yang lebih rendah dalam pasaran dan mampu milik

Faktor-faktor yang menyebabkan UTS Trading dapat menawarkan harga yang lebih rendah dan mampu milik untuk semua orang antaranya ialah kerana UTS Trading tidak menggunakan orang tengah atau agen dan tiada kos tersembunyi seperti bayaran komisen agen dan sebagainya. Menggunakan perkhidmatan 100% secara atas talian dengan menggunakan sistem digital terkini yang dapat mengurangkan caj-caj overhead seperti utilities, gaji kakitangan yang ramai, sewaan premis dan sebagainya. Berpengalaman melebihi 6 tahun dalam bidang umrah dan haji dan mengendalikan qurban dan aqiqah secara tidak langsung mempunyai rangkaian atau networking dan pegawai bertugas di Saudi yang membolehkan berurusan secara terus tanpa menggunakan pihak ketiga atau orang tengah. Selain daripada itu, penggunaan Sijil Digital juga dilihat sebagai salah satu faktor yang dapat mengurangkan kos berbanding sijil-sijil fizikal seperti kayu atau gold plated dan sebagainya. Kos pengeposan juga dapat dielakkan.


2. Berpengalaman melebihi 6 tahun dalam menguruskan qurban dan aqiqah di tanah suci Mekah

Dengan pengalaman ini juga menjadikan UTS Trading adalah syarikat yang sangat boleh dipercayai untuk dipilih bagi menguruskan ibadah qurban di tanah suci Mekah. Faktor-faktor sebegini yang perlu diambilkira oleh orang ramai dalam pemilihan mereka supaya mereka tidak akan tertipu dengan agen-agen atau syarikat-syarikat yang berlambakan di pasaran yang mengambil kesempatan untuk mencari mangsa dalam penipuan mereka.


3. Servis yang pantas dan cekap

Perkhidmatan yang diberikan oleh UTS Trading adalah sangat efisyen dan pantas kerana semua urusan adalah secara online.


4. Mempunyai rangkaian dan pegawai bertugas di Arab Saudi

Dengan adanya rangkaian dan pegawai yang bertugas di Arab Saudi menyebabkan segala urusan dapat dilaksanakan dengan cepat dan pantas.


5. Haiwan qurban dan aqiqah dipilih secara teliti dan mengikut syarak

Pemilihan haiwan-haiwan dibuat secara teliti dan disembelih mengikut hukum syarak di pusat penyembelihan yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi.


6. Mudah dan pantas

Semua urusan dibuat di atas talian sahaja. Ianya sangat memudahkan dan pantas.


7. E-Sijil, video dan gambar

Sijil digital, video dan gambar-gambar akan diberikan sebagai bukti ibadah qurban anda telah dilaksanakan.


Untuk maklumat lanjut boleh terus ke www.utskorban.com



Post a Comment

2 Comments

  1. Menarik lah. nak buat akikah untuk anak lah kat sana,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat la Yanie, boleh bayar ansuran 3x juga

      Delete