Haa siapa yang cakap tak boleh bayar zakat melalui Affin Bank secara online tu? Kemon, zaman IT ni semuanya serba-serbi di hujung jari je. Bukan setakat Affin Bank je, malahan kebanyakan bank-bank yang ada di Malaysia ni sememangnya menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat di atas talian seperti Maybank, Bank Islam, Public Bank, Ambank. OCBC Bank, Hong Leong Bank, Cimb Bank, RHB Islamic Bank, Alliance Islamic Bank, Bank Rakyat, HSBC Bank bahkan Pos Online, Jompay, Myeg dan Touch N Go juga ada menyediakan perkhidmatan sedemikian. Tidak ketinggalan Lembaga Zakat Selangor ada menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat di atas talian menggunakan eZakat Pay.
Sebelum PA terangkan cara-cara macam mana nak bayar zakat melalui affinOnline ni, jom kita berkenalan serba sedikit fasal Zakat...
APA TU ZAKAT
Dok bercakap fasal zakat, zakat, zakat tapi ada di antara kita yang masih tak faham apa itu Zakat. Takper, kita sama-sama mengulangkaji. Kalau dari segi bahasa, zakat bermaksud suci, bersih, subur, berkat dan berkembang. Dengan kata lain, zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri. Dengan mengeluarkan zakat ni kita dapat menjauhkan diri kita dari sifat-sifat kedekut dan bakhil, haa macam Haji Bakhil Bin Lebai Kedekut dalam cerita Labu Labi tu, nauzubillah. Dengan zakat ni juga dapat menjauhkan perasaan dengki dan dendam orang miskin terhadap orang kaya.
Kalau dari segi syarak pulak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada para asnaf yang layak setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
Korang kena ingat tau, tak sempurna Islam seseorang Muslim jika kita tak menunaikan zakat. Zakat ni merupakan salah satu daripada 5 Rukun Islam yang wajib kita tunaikan.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 43:
وَ اَقِیۡمُوا الصَّلٰوۃَ وَ اٰتُوا الزَّکٰوۃَ وَ ارۡکَعُوۡا مَعَ الرّٰکِعِیۡنَ
Mafhumnya :
Dan dirikanlah solat, serta tunaikan zakat, dan ruku'lah bersama dengan orang-orang yang ruku'
HIKMAH DAN TUJUAN ZAKAT
Setiap sesuatu yang Allah SWT perintahkan kepada kita untuk tunaikan mestilah mempunyai pelbagai hikmah di sebaliknya. Antara hikmah-hikmah daripada pengeluaran zakat ini adalah :
- Mewujudkan sifat sentiasa bersyukur terhadap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
- Memberi peluang kepada golongan berada dan yang berkelebihan dari segi harta-benda untuk melakukan ibadah terhadap harta yang mereka miliki.
- Membersihkan diri mereka yang mengeluarkan zakat.
- Membersihkan dan menyuburkan harta mereka yang mengeluarkan zakat.
- Mengagihkan sebahagian kecil dari harta mereka kepada golongan yang memerlukan.
- Mengurangkan perasaan iri hati golongan kurang berada terhadap golongan hartawan.
- Mewujudkan perhubungan antara manusia dengan Allah dan antara sesama manusia.
- Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat dalam urusan ekonomi dan kewangan.
- Memberikan masyarakat tentang satu cara pengurusan kewangan dan ekonomi ke jalan yang diredhai Allah SWT.
- Melahirkan rasa tenang dan tenteram di dalam jiwa kita.
JENIS-JENIS ZAKAT
Terdapat 2 jenis zakat iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta.
Zakat Fitrah ni korang semua memang sudah sedia maklum la kan. Setiap kali bulan Ramadan menjelma, korang pasti akan dapat melihat para amil yang ditugaskan untuk mengutip zakat fitrah berada di mana-mana sahaja seperti di masjid-masjid, di bazar-bazar Ramadan, di kompleks membeli-belah dan sebagainya. Berbanding di zaman masa kita kecil-kecil dahulu, pembayaran zakat fitrah ni mak ayah kita membayarnya kepada para amil yang sedemikan sahaja. Tapi di zaman serba moden dan canggih sekarang ni, pembayaran zakat fitrah ni korang dah boleh bayar secara di hujung jari je. Banyak dah kaedah yang digunakan untuk memudahkan kita membayar zakat fitrah ni, dah boleh buat bayaran secara online je. Senang kan...
Satu lagi jenis zakat ialah Zakat Harta. Antara zakat harta adalah terdiri daripada sebagaimana berikut:
1. Zakat Pendapatan
2. Zakat Perniagaan
3. Zakat Pelaburan
4. Zakat Wang Simpanan
5. Zakat Emas dan Perak
6. Zakat KWSP
7. Zakat Takaful
8. Zakat Padi
Kalau korang nak info lanjut mengenai zakat-zakat yang PA senaraikan tu, nanti korang ringan-ringankan tangan dan boleh baca di https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/jenis-jenis-zakat/. Banyak info dan ilmu yang korang boleh dapat dari situ termasuklah macam mana nak kira serta apa syarat-syarat yang menyebabkan korang dah diwajibkan untuk tunaikan zakat harta korang tu. Jangan lupa baca tau!!! Ingat, tak sempurna Islam seseorang Muslim tu kalau tak keluarkan zakat bila dah tahap korang diwajibkan membayarnya. AWAS!!!
Ok, sebagaimana yang PA janjikan di awal mukadimah tadi, PA nak tunjukkan cara macam mana korang nak tunaikan zakat korang menggunakan affinOnline.com.
Senang je caranya :
Pertama-tamanya, korang pergi ke website www.affinOnline.com. Selepas tu korang log masuk lah menggunakan username dengan password korang. Kalau tak log masuk korang leh tengok skrin jek...heeeee
Langkah Ketujuh merupakan langkah terakhir sebelum membuat bayaran. Korang isikan Tahun Taksiran Zakat (Fill In The Year) yang korang nak bayar tu. Pastu korang klik la Sah (Confirm). Ok, settle dah. Mudah je kan.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai apa itu zakat, macam mana nak kira kadar zakat, macam mana nak buat pembayaran zakat atau apa sahaja mengenai zakat yang korang perlukan, PA cadangkan korang layari :
website
telefon
1300 88 4343
Berita baik untuk korang semua. Lembaga Zakat Selangor (LZS) ada menjalankan kempen "Jom Tunai Zakat : Menang dan Kongsi" yang berlangsung daripada 15 November 2021 sehingga 31 Disember 2021. Kempen ini terbuka kepada semua. Korang hanya perlu membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk agen-agen LZS yang bertauliah. Tiada had minima berapa jumlah bayaran zakat yang korang perlu bayar.
Hadiah Utama merupakan Simpanan berjumlah RM 5,000.00 di Tabung Haji, manakala Simpanan sebanyak RM 3,000.00 untuk Tempat Kedua, RM 2,000.00 untuk Ketiga, RM 1,000.00 untuk Tempat Keempat. Sebanyak 10 pemenang Saguhati yang terpilih akan menerima Simpanan berjumlah RM 600.00 setiap seorang.
Korang cuma perlu imbas QR Code dan isi borang yang disediakan. Itu saja.
Sejajar dengan "Menang dan Kongsi" kempen tersebut, para pemenang berpeluang menyumbangkan 50% daripada nilai hadiah yang diterima tu kepada para asnaf yang layak yang ditentukan oleh pihak LZS.
Jangan berlengah lagi, BAYAR ZAKAT SEKARANG DAN MENANG !!
Layari : my2point5.zakatselangor.com.my untuk menyertainya.
0 Comments