TERPANGGIL dengan artikel-artikel dari umminani.com, dramafmr.com, mohazsue.com, qasehdalia.com dan sueizza.com yang rata-rata berbicara tentang OPTOM BANGI, OPTOM BANGI, OPTOM BANGI dan OPTOM BANGI, hati siapa yang tidak direntap-rentap untuk ketahui lebih lanjut apakebenda OPTOM BANGI ni??!!
OPTOM Bangi atau lebih tepatnya OPTOM Eyecare Bandar Baru Bangi yang terletak di No. 37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor ini merupakan outlet kedua yang dibuka selain daripada outlet utamanya yang terletak di Taman Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
OPTOM Eyecare telah beroperasi semenjak tahun 2016 yang pada mulanya secara online sahaja telah membantu ramai pelanggan yang mengalami masalah penglihatan. OPTOM merupakan jenama yang sangat berpengalaman dalam menguruskan masalah berkaitan penglihatan selain daripada menyediakan barangan optik berjenama seperti Oakley, Nike, Braun Buffel, Sembonia, Coach, Adidas, Ray-Ban dan banyak lagi.
pelbagai jenama terkenal dan bermutu tinggi terdapat di OPTOM Eyecare |
keadaan ruang menunggu yang selesa di OPTOM Eyecare |
Misi OPTOM Eyecare adalah untuk memberikan kemudahan terbaik dengan suasana lima bintang dan kondusif. Dilengkapi dengan pelbagai peralatan terkini demi mencapai visinya untuk menjadi Pusat Optometri dan Optik bertaraf dunia dan memberikan keutamaan kepada masyarakat dengan memberikan tugasan tanpa kompromi dan melatih pasukan yang terbaik demi para pelanggan mereka.
Di OPTOM Eyecare, perkhidmatan utama yang diberikan merupakan perkhidmatan klinikal atau lebih tepatnya merupakan klinik rawatan khas bagi pemeriksaan kesihatan dan terapi penglihatan. Para pelanggan boleh menghadirkan diri di OPTOM Eyecare ini untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan dan khidmat nasihat sama ada mereka mempunyai masalah tentang mata dan penglihatan mereka atau sejauh manakah sebenarnya masalah penglihatan yang mereka hadapi. Pencegahan awal adalah lebih baik sebelum masalah tersebut berlarutan menjadi lebih buruk.
gambarajah ujian diagnostik pesakit kencing manis |
gambar yang diambil menerusi Kamera Fundus |
perbandingan mata yang sihat dan yang menghidapi Glaukoma |
Mungkin ada di antara kita yang tidak mengetahui bahawa mereka menghadapi Glaukoma atau dengan kata lain, mereka mengalami kerosakan saraf mata akibat daripada tekanan yang tinggi terhadap bebola mata mereka. Sama ada mereka menyedari atau merasai perubahan yang berlaku terhadap tahap penglihatan mereka yang saban hari semakin berkurangan atau mereka hanya menganggap bahawa ianya hanya kerana keletihan atau tidak cukup tidur sahaja. Dengan menggunakan kamera fundus di OPTOM EYECARE, para pesakit akan dapat melihat sendiri foto bahagian dalam mata mereka sendiri sama ada mata mereka sihat atau bermasalah. Khidmat konsultasi akan diberikan oleh OPTOM EYECARE secara berterusan jika sekiranya mereka menghadapi masalah Glaukoma tersebut agar mereka yang menghadapi masalah ini akan lebih bersedia di masa hadapan.
tanda-tanda klasifikasi Retinopati Hipertensi |
Selain daripada Glaukoma yang disebabkan oleh tekanan terhadap bebola mata kita, Retinopati Hipertensi juga dapat dikesan dengan menggunakan mesin funduscam. Penyebab Retinopati Hipertensi adalah kerana tekanan darah tinggi yang berlaku dalam suatu jangkamasa yang lama dan ianya akan menyebabkan kerosakan pada retina mata kita. Pemeriksaan yang lengkap ini sekurang-kurangnya dapat membantu kita mencegah lebih awal terhadap risiko cacat penglihatan kekal.
APA KATA MEREKA YANG TELAH MELAKUKAN PEMERIKSAAN DI OPTOM EYECARE BANGI
1. Umminani
Melihat pengalaman sendiri Umminani yang telah ke OPTOM Bangi untuk membuat pemeriksaan mata dan mendapatkan konsultasi mengenai kesihatan mata merupakan pengalaman berharga buat dirinya. Banyak pengetahuan yang telah dikongsikan sepanjang pengalaman beliau menjalani pemeriksaan tersebut. Dalam pengalamannya, Umminani ada menyatakan betapa perlunya menjalani pemeriksaan mata secara lebih terperinci. Dari pemeriksaan secara terperinci dapat menentukan tahap rabun dan silau mata seseorang tersebut diukur dengan lebih tepat lagi. Beliau juga menambah, dengan melakukan pemeriksaan mata juga dapat mengetahui penyakit pendam yang mungkin seseorang itu tidak menyedari seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.
Perkara paling menarik yang telah beliau kongsikan adalah mengenai mereka yang mengalami MATA JULING berkemungkinan boleh sembuh kepada keadaan normal terutama kepada anak-anak yang masih kecil. Dengan membuat pemeriksaan awal dan mendapatkan rawatan di OPTOM Eyecare, masalah mata juling ini mungkin boleh diatasi.
2. Fir Radzi
Fir Radzi berkongsi tentang betapa pentingnya membuat pemeriksaan mata secara keseluruhan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu cermin mata. Beliau yang sememangnya telah berkacamata dari semenjak beliau berusia 14 tahun, mempunyai kebiasaan setiapkali ingin menukar cermin mata sedia ada hanya dengan mengikut tahap rabun cermin mata sebelumnya sahaja tanpa membuat pemeriksaan mata terlebih dahulu.
Akan tetapi, apabila beliau berkunjung ke OPTOM Eyecare Bandar Baru Bangi, beliau telah diberikan konsultasi dan pemeriksaan mata secara menyeluruh untuk kenalpasti tentang pemasalahan mata yang dihadapi olehnya. Di OPTOM Eyecare juga terdapat pelbagai kaedah bagi memastikan tahap rabun seseorang itu dapat dikawal sebaik mungkin.
3. Qaseh Dalia
Pengalaman berkunjung ke OPTOM Eyecare Bandar Baru Bangi beberapa hari yang lalu membuatkan Qaseh Dalia berasa sangat teruja dan kagum dengan layanan mesra kakitangannya dengan suasana dalaman OPTOM Eyecare itu sendiri yang sangat selesa. Tambah kagum lagi apabila ianya dilengkapi dengan kemudahan peralatan terkini dan canggih.
Beliau telah bercerita tentang 4 langkah pemeriksaan mata yang perlu dilalui oleh setiap orang untuk mengetahui tahap kesihatan mata masing-masing. Dimulai dengan :
Langkah Pertama - pemeriksaan menggunakan Mesin Autorefcractor. Langkah ini untuk memeriksa dan mengukur tahap rabun dan silau mata seseorang.
Langkah Kedua - pemeriksaan menggunakan Mesin Phoropter bertujuan untuk mengetahui sama ada seseorang itu mempunyai rabun jauh atau rabun dekat.
Langkah Keempat - merupakan pemeriksaan mata menggunakan Mesin Slit Lamp. Langkah ini adalah langkah pemeriksaan saraf mata di bahagian belakang. Alatan ini digunakan untuk melihat struktur kornea, iris dan lensa mata untuk ketahui sama ada seseorang itu menghadapi masalah katarak.
CERMIN MATA KHAS 'BESPOKE FRAME'
Bagi si pemakai kacamata yang pentingkan keselesaan jangka panjang, terdapat lebih daripada 30 point pada bingkai kacamata ini yang ditawarkan di OPTOM Eyecare yang boleh diubah mengikut ukuran bentuk muka si pemakai.
Satu aplikasi khas akan digunakan untuk mengukur bentuk kepala, telinga, hidung dan muka bagi mendapatkan ukuran yang tepat dan bersesuaian dengan bentuk kacamata yang akan dipilih. Kemudian buat pilihan jenis-jenis bingkai yang diminati mengikut kesesuaian bajet. Di OPTOM Eyecare, terdapat 4 julat harga yang ditawarkan iaitu Harga Pelajar, Low Medium, Upper Medium dan juga Premium.
Untuk maklumat lanjut, temui mereka di :
OPTOM Eyecare Bandar Baru Bangi
No. 37, Jalan 8/1, Seksyen 8
Bandar Baru Bangi
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan
(Berdekatan MarryBrown)
Tel : 011 - 1147 9093
Dibuka setiap hari : 9.00 am - 8.00 pm
dan
OPTOM Eyecare Bandar Baru Mergong
No. 17-Gf, Taman Bandar Baru Mergong
05150 Alor Setar
Kedah Darul Aman
Tel : 011 - 1064 1167
Dibuka setiap hari : 10.00 am - 7.00 pm
#guruyaya #optom #optombangi #optommergong
2 Comments
Grüner Laserpointer
ReplyDeleteBlauer Laserpointer
Roter Laserpointer
Roter Laserpointer
This total assessment can basically assist us with forestalling prior Champion Essay Writing the danger of extremely durable visual debilitation.
ReplyDelete