Assalamualaikum. Salam Ramadan Al-Mubarak.
Berita baik untuk para pelanggan Affin Bank. Kini anda tidak perlu lagi bersusah-payah di dalam menunaikan Rukun Islam Keempat iaitu membayar dan mengeluarkan zakat. Sejajar dengan norma baru di dalam kehidupan kita, seiring dengan seruan Kerajaan Malaysia untuk kita sentiasa mendisiplinkan diri dengan mematuhi SOP dan duduk di rumah jika tiada keperluan penting maka langkah tepat melakukan pelbagai aktiviti termasuk membayar zakat hanya dengan di atas talian atau lebih dikenali sebagai secara online sahaja. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak agensi kutipan zakat termasuklah pihak bank-bank di dalam memberikan kemudahan kepada rakyat dan pelanggan mereka.
TAHUKAH ANDA?
Kita boleh membayar apa jua jenis zakat secara online seperti zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat saham, zakat harta, zakat wang simpanan, zakat emas, zakat perak dan pelbagai lagi terutama sekali ketika kita di bulan Ramadan yang mulia ini iaitu kewajipan di dalam membayar zakat fitrah. Para pelanggan Affin Bank tidak terkecuali diberikan kemudahan oleh pihak Affin Bank untuk melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat fitrah secara online sahaja.
Berikut adalah langkah-langkah untuk membayar zakat secara online:-
Langkah Pertama : kunjungi laman web www.affinonline.com. Kemudian Log masuk Username dan Password anda.
Langkah Kedua : Pilih Bayaran (Payment) dan seterusnya pilih Bayar Bil-bil (Pay Bills)
Langkah Ketiga : Pilih Kategori Penerima (Payee Categories) dan seterusnya pilih Lain-lain (Others)
Langkah Keempat : Memilih Pengebil (Biller) dan kemudian taipkan "Zakat". Pilih agensi kutipan zakat yang anda inginkan. Contohnya Lembaga Zakat Selangor.
Langkah Kelima : Isikan Butiran Peribadi (Personal Details) anda seperti nama, no. kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan sebagainya mengikut butiran yang diperlukan.
Langkah Keenam : Setelah butiran peribadi lengkap diisi, pilih Jenis Zakat (Zakat Type) yang ingin dibayar. Contohnya jika anda ingin membayar Zakat Fitrah maka pilih Zakat Fitrah di ruangan tersebut. Jika anda ingin membayar Zakat Perniagaan maka anda pilih Zakat Perniagaan. Begitulah seterusnya.
Langkah Ketujuh : Langkah terakhir adalah dengan Mengisi Tahun (Fill in the Year) dan seterusnya tekan butang Sah (Confirm).
Alhamdulillah, selesai sudah transaksi bayaran zakat anda secara online di Affin Bank. Namun demikian, Affin Bank ada menyediakan kemudahan kepada para pengguna telefon pintar dan tablet untuk mengakses laman perbankan AffinOnline dengan menggunakan aplikasi mudah alih sama ada para Pengguna Android mahupun Pengguna IOS.
3 Langkah Mudah Untuk Pengguna Android:
KENAPA KITA PERLU MEMBAYAR ZAKAT?
Zakat merupakan Rukun Islam Keempat. Tidak sempurnalah Islam seseorang itu jika salah satu daripada 5 Rukun Islam yang tersebut tidak dipenuhi. Pengertian zakat dari segi syarak ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan yang tertentu apabila telah mencukupi syarat-syaratnya.
Firman Allah SWT mafhumnya:
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Surat At-Taubah : 103)
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dah orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Surah At-Taubah : 60)
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)
LZS ditubuhkan bagi memikul tanggungjawab dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat dengan visi menjadi peneraju institusi zakat yang mengamalkan piawaian pengurusan setanding di peringkat global.
Objektif LZS adalah :
- Memperkasa Pengurusan Zakat
- Meningkatkan Kutipan Zakat
- Meningkatkan Keberkesanan Agihan Zakat
LZS sentiasa memastikan untuk memberikan perkhidmatan kepada umat Islam dengan penuh integriti dan profesionalisme dengan mengamalkan 7 Nilai Teras Utamanya iaitu, Beriman, Berilmu, Inovasi, Amanah, Kerjasama, Empati dan juga Komitmen.
KEMPEN PAY SMART STAY SMART LZS
Kepada pembayar-pembayar zakat, anda kini berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik apabila anda membayar ZAKAT TANPA TUNAI di 24 jam saluran bayaran sama ada melalui Online Banking, Onlie eZakatPay, Online Channel, Online @Branch, Mobile Banking, ATM Machine dan juga melalui eWallet. Kempen ini berlangsung sepanjang bulan Ramadan bermula 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021. Anda berpeluang memenangi Hadiah Utama merupakan Skim Simpanan Pendidikan Nasional PTPTN bernilai RM 6,000.00 selain daripada hadiah-hadiah lain seperti Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM 4,000.00, Simpanan Al-Awfar BIMB bernilai RM 3,000.00, Kad Touch 'n' Go bernilai RM 1,000.00 dan juga hadiah saguhati merupakan Baucer Setel bernilai RM 100.00 untuk 10 orang pemenang.
Jangan lupa tunaikan kewajipan kita membayar zakat sebagaimana firman Allah, mafhumnya:
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyambah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.
(Surat Al-Baiyinah : 5)
#lzs #lembagazakatselangor #zakatdihati #kongsirezeki #zakat2021 #zakatcashless #zakatonline
2 Comments
Senang bayar online je.
ReplyDeletesemua hujung jari je skrg ni
ReplyDelete