Ahli-ahli kelab tersebut dapat mengambil bahagian
dalam pelbagai kempen yang direka khas seperti satu yang berlangsung dari 17 hingga 24 Jun 2020, menampilkan pelbagai tawaran untuk barang penjagaan bayi
seperti peralatan penyusuan, mainan, pakaian, lampin dan produk mandian. Shopee
bekerjasama rapat dengan beberapa jenama seperti Enfagrow, Drypers, Johnson
& Johnson dan Philips Avent untuk menawarkan diskaun dan baucar menarik
supaya para ibu bapa dapat menikmati lebih penjimatan, terutamanya ibu bapa
baharu.
Hak Istimewa
Ahli: Kempen
yang berlangsung selama seminggu ini akan menawarkan ahli-ahli Mum's Club barang keperluan bayi seperti
susu untuk ibu hamil, lampin, produk mandian dan penjagaan kulit, dan mainan
untuk RM10 semasa Jualan Kilat Shocking
Sale; baucar sehingga 20% diskaun serta pulangan tunai sebanyak 20%.
Ahli-ahli juga boleh dapatkan baucar di kedai dan juga diskaun sehingga 50%
oleh jenama yang mengambil bahagian.
Ahli baru Mum's
Club akan menerima semua produk yang dinyatakan di atas serta ganjaran
tambahan seperti 25% pulangan tunai Shopee
Coins dan hadiah alu-aluan eksklusif bernilai RM30 yang terdiri daripada
produk seperti lampin dan susu formula.
Peraduan
Belanja dan Menang: Kempen ini menjadi lebih baik untuk para ahli yang berbelanja dari
tempoh 17 Jun hingga 1 Julai berpeluang untuk menang hadiah menarik seperti
kereta sorong bayi Anakku, baucar Anakku bernilai RM100 dan alat permainan
Fisher-Price. Untuk mengambil bahagian, para ahli layak mendapat satu
penyertaan untuk setiap pembelian sebanyak RM50 di kategori Mainan, Kanak-kanak
dan Bayi.
Sesi
Perkongsian:
Dalam usaha berterusan untuk mendorong rakyat Malaysia duduk di rumah demi
mencegah penularan Covid-19, Shopee Mum's
Club akan mengadakan siri perkongsian atas talian yang boleh ditontoni dari
rumah untuk ibu bapa baharu. Dengan kerjasama DoctorOnCall, Pusat Perubatan
Thomson, Hospital Columbia Asia dan Early
Autism Project Malaysia, sesi yang dibahagikan kepada tiga bahagian pada 24, 25 dan 26 Jun jam 1 tengah hari di Shopee Live dengan ahli-ahli pakar yang akan berkongsi mengenai
pelbagai topik tentang kesihatan ibu hamil dan anak dan juga menjaga
kanak-kanak berkeperluan khas.
Shopee Mum’s Club, dilancarkan pada 2019,
direka untuk menawarkan penjimatan lebih besar kepada para ibu bapa melalui
tawaran dan diskaun oleh pelbagai jenama. Sebuah pihak yang boleh dipercayai
sepanjang perjalanan keibubapaan mereka, ia bertujuan untuk memberikan
penyelesaian dan idea kepada para ibu bapa untuk membantu mereka berikan yang
terbaik kepada anak-anak mereka. Promosi-promosi dikemas kini secara berkala,
jadi para ahli diingatkan untuk mendaftar masuk dengan kerap, terutamanya
semasa jualan Baby Fair dan juga
kempen khas.
Untuk dapatkan lebih maklumat
tentang kempen ini, layari https://shopee.com.my/m/mums-club
0 Comments