ZAKAT@FAMILY - TANGGUNGJAWAB KETUA KELUARGA LUNASKAN ZAKAT UNTUK KELUARGANYA



ZAKAT@FAMILY - TANGGUNGJAWAB KETUA KELUARGA LUNASKAN ZAKAT UNTUK KELUARGANYA

Assalamualaikum korang. Haa korang ni dah bayar zakat ke belum? Zakat ni ada bermacam-macam jenis tau. Bukan setakat Zakat Fitrah sahaja yang korang selalu bayar tatkala bulan Ramadan menjelma. Harta-harta dan simpanan korang yang berlebihan tu pun diwajibkan untuk korang keluarkan zakat terhadapnya. Jangan buat-buat tak tau pulak yek! Dosa tau!!!


APA ITU ZAKAT@FAMILY?

Bagi memupuk kesedaran ke atas setiap Ketua Keluarga, Penjaga atau Wali untuk melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan mengeluarkan zakat terhadap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat yang dikenali sebagai Zakat@FAMILY. Ianya merupakan inisiatif Divisyen Kutipan bagi meningkatkan lagi kutipan zakat dan dakwah di samping menyampaikan maklumat mengenai zakat khususnya mereka yang berada di Selangor dan kawasan sekitarnya. Dengan pelaksanaan kempen dan promosi yang dirancang dan yang dijalankan ini nanti diharapkan dapat mendidik umat Islam menunaikan ibadah zakat dengan lebih baik dan sekaligus dapat memberikan kemudahan dan kefahaman kepada mereka. Melalui pendekatan ini juga diharapkan akan dapat menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu Muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya.


JENIS-JENIS ZAKAT HARTA DI ZAKAT@FAMILY



Zakat Harta Pendapatan

Merupakan hasil daripada penggajian dan upah, hasil-hasil bebas dan profesional, hasil al-mustaghallat dan juga hasil pemberian dan sumbangan. Taksiran zakat ini merangkumi tolakan had kifayah yang layak dilakukan oleh setiap individu supaya tidak berlakunya pertindanan dan mengetahui kelayakan membayar zakat.

Zakat Harta Berasaskan Nisab Emas

Terdiri daripada emas, wang simpanan, saham dan juga pelaburan. Taksiran yang dilaksanakan adalah bagi menentukan kelayakan kewajipan zakat bagi setiap individu yang memiliki harta berasaskan nisab emas.


PANDUAN KEPADA PEMILIK HARTA, TANGGUNGJAWAB TAKSIRAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMBAYARAN

Ketua Keluarga hendaklah memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch). Taksiran tersebut adalah untuk individu sebagaimana berikut :-
  • Diri Sendiri
  • Pasangan
  • Tanggungan
  • Individu Di Bawah Jagaan
Setelah taksiran zakat untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan dan jagaan dibuat, Ketua Keluarga atau Penjaga perlu mengisi borang Zakat@FAMILY untuk mengetahui kelayakan dan jumlah zakat yang perlu dibayar. Seterusnya boleh la membayar jumlah yang dikenakan tersebut.

Kaedah kiraan dan taksiran Zakat@FAMILY adalah sebagaimana yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor melalui penggunaan "Borang Taksiran Zakat Harta Individu" dengan tambahan butiran jumlah harta tanggungan masing-masing (pasangan, ibu, bapa dan anak-anak).



***PERINGATAN BERSAMA***

Hukum melunaskan zakat adalah wajib bagi individu yang mempunyai lebihan harta mengikut syarat dan kadar yang tertentu. Adalah menjadi tanggungjawab dan amanah terhadap Ketua Keluarga atau Penjaga bagi memastikan pelaksanaan zakat dilaksanakan tanpa terkecuali sebagaimana firman Allah SWT yang mafhumnya :

Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang kasar, bengis (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap (setia) melaksanakan segala yang diperintahkan.
 (Surah al-Tahrim : 6)

Post a Comment

2 Comments

  1. I quite like the many written content, I've got to declare my spouse and i loved, My spouse and i would really like more details relating to this specific, mainly because it is quite wonderful., Thanks a lot with regards to disclosing.Help Poor People

    ReplyDelete
  2. You completed certain reliable points there. I did a search on the subject and found nearly all persons will agree with your blog. zakat

    ReplyDelete