PULAU-PULAU TOP DI SABAH
Bercuti di pulau untuk merasai keindahan laut, menikmati angin serta mendengar hempasan ombak sudah menjadi satu kepuasan bagi seseorang. Apatah lagi ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti seperti melihat terumbu karang, snorkeling untuk melihat hidupan laut dan aktiviti lasak yang mampu mencetus adrenalin anda.
Pada penggal lepas, abang rasa bertuah apabila dihadiahkan tiket flight ke Sabah. Jadi abang ambil keputusan untuk bercuti dan berjalan di beberapa pulau di Sabah. Dengan mendapatkan KLIA Ekspres promotion dari Traveloka, abang ke airport menaiki train dan ianya hanya memakan masa selama 30 minit sahaja untuk abang sampai di airport. Tetapi jika korang mempunyai barang yang banyak untuk dibawa dan lebih sukakan privacy, korang boleh memilih private transport dan dapatkannya di airport coach ticket promo dengan harga yang berpatutan. Penerbangan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke Sabah dan bermula la sesi percutian abang untuk menikmati keindahan pulau-pulau di Sabah.
Jadi kali ini abang ingin kongsikan beberapa buah pulau yang menarik untuk korang pergi seandainya Sabah menjadi negeri pilihan untuk destinasi pelancongan korang seterusnya. Korang sudah bersedia? Jom kita mulakan.
Sebelum tu jom abang perkenalkan dulu korang dengan pulau-pulau di Sabah. Terdapat 5 buah pulau yang sering dikunjungi oleh pelancong, iaitu Pulau Sapi, Pulau Mabul, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Pulau-pulau ini juga dikategorikan di bawah Taman Negara Tunku Abdul Rahman sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Bagi korang yang tidak tahu, terdapat dua cara untuk berjalan di pulau-pulau di Sabah. Pertama, korang boleh sahaja ambil snorkeling tour yang disediakan di Jeti Jesselton ataupun korang boleh menginap terus di chalet yang disediakan di pulau. Jadi pilihan di tangan korang. Jika korang inginkan masa yang lebih lama untuk menikmati keindahan laut di Sabah, abang sarankan untuk korang menginap sahaja di pulau tersebut.
Pulau Sapi
peoples.com.my |
Pulau Sapi merupakan pulau yang paling hampir dengan bandar KK. Jika menaiki speeding boat, ianya hanya memakan masa selama 15 minit sahaja. Pulau Sapi juga terkenal dengan pulau yang memiliki pelbagai jenis hidupan laut. Jika korang ke sini, korang boleh menjalankan aktiviti snorkeling, bermandi-manda dan melihat terumbu karang. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah tempat berkelah, tempat memanggang, bilik air dan bilik persalinan.
Pulau Manukan
gowhere.my |
Jika korang ingin menginap di pulau, ini adalah antara pulau yang abang cadangkan. Pulau Manukan merupakan pulau kedua yang paling dekat jika korang menaiki bot dari jeti Jesselton. Kawasan pantai yang bersih, korang boleh melihat terumbu karang dengan jelas. Di pulau ini juga ada menyediakan pusat menyelam. Jadi jika korang teringin untuk merasai aktiviti menyelam, pulau ini sangat sesuai untuk korang.
Pulau Mabul
thevocket.com |
Jika korang seorang yang suka akan hidupan laut, korang perlu datang ke Pulau Mabul. Kerana di pulau ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan batu karang dan hidupan laut eksotik yang lain seperti sotong kurita, udang geragau, rumpai laut, ketam dan banyak lagi. Air laut di pulau ini juga tidak lah dalam seperti di pulau-pulau lain. Jadi, korang akan dapat melihat terus tumbuhan dan hidupan laut dari permukaan air.
Pulau Kapalai
tempatmenarik.my |
Korang ingin bercuti dan honeymoon? Jauh dari kesibukan kota dan kawasan yang penuh dengan manusia? Haa. Ni pulaunya. Abang mula-mula pun taktahu tentang pulau ini sebab tak berapa nak popular. Tapi hari tu driver boat ada bawa abang pusing area pulau ni. Memang sangat cantik. Pulau ini mempunyai resort yang dibina di atas air. Jika anda ingin privacy untuk honeymoon, sangat sesuai untuk bercuti di sini. Oleh kerana jarang menerima tetamu, keindahan dan hidupan laut di sini masih belum tercemar.
Pulau Sipadan
faizalfredley.com |
Kini tibalah kita di pulau yang dinanti-nanti kan. Pulau yang menjadi salah satu destinasi paling terunggul di dunia bagi para-para penyelam professional. Jika korang sudah memiliki lesen atau sijil yang diiktiraf untuk menyelam di laut dalam, ini adalah lokasi idaman korang. Untuk menyelam melihat penyu dan jerung di pulau ini bukanlah sesuatu yang sukar kerana kedalamannya yang sesuai menjadikan kawasan laut di sekitar pulau ini sebagai jalan bagi mereka.
Di pulau ini juga terdapat lebih daripada 3000 jenis terumbu karang yang masih terjaga dari kepupusan. Seronok bukan? Jika korang sudah berada di Pulau Mabul, jangan lepaskan peluang untuk ke Pulau Sipadan kerana masa yang diperlukan hanyalah 15 minit sahaja.
Jadi, macam mana? Dah fikir tak nak menginap di mana? Atau ingin buat snorkeling tour sahaja? Jika korang rasa masa untuk ke pulau tidak banyak, korang boleh sahaja untuk memilih 2 atau 3 pulau sahaja. Itu sudah mencukupi untuk korang rasa mengutip kenangan dan pengalaman snorkeling di Sabah. Yang penting, jangan lupa tangkap gambar okay!
Abang rasa setakat ini sahaja perkongsian mengenai pulau-pulau di Sabah. Sehingga kita berjumpa lagi di masa akan datang. Bye-bye~
5 Comments
Wah! Thank you atas artikel ini. Ada beberapa lagi pulau lain, antaranya pulau Sulug (pulau terkecil dalam Taman Marin Tunku Abdul Rahman yang masih terdapat fresh corals), pulau Mantanani di Kota Belud dan pulau Mengalum. Mantanani dan Mengalum amat cantik. Ada satu lagi pulau iaitu pulau Layang Layang, terkenal di kalangan penyelam laut dalam.
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumbalas dan info
DeletePulau Gaya pun terkenal juga tu tuan
ReplyDeleteSeronoknya! Suka sangat pulau pulau ni. Semoga ada rezeki nak meneroka semua pulau di Sabah :D
ReplyDeleteSitus Judi Slot Online Terpercaya | Agen Judi Slot Online Terbaru di Indonesia | Bandar Slot Depo Pulsa Tanpa Potongan
ReplyDeleteMegah4d Situs Judi Slot Online Terbaik dan Terpercaya Dengan Minimal Deposit Hanya 5000
Nikmati juga Bonus-Bonus menarik lainnya bersama kami.
> Bonus New Member 100%,-
> Minimal Deposit 100.000
> Wajib Via Bank
> Maksimal Bonus 1juta
> Contoh Syarat Penarikan = (100.000+100.000)x 8 = 1.600.000
> Tidak menerima invest dalam bonus berikut
> Bonus wajib di claim melalui Livechat
Agen Situs Megah4d Judi Slot Terpercaya
Megah4d Deposit Pulsa Tanpa Potongan
Minimal Deposit 5000
SLOT GACOR 2022 MAXWIN
Slot 888 Gold RTP 97.52%
Bandar Judi Slot Terpercaya