TERIMA KASIH 900K - ABANG MENANG 9 BUAH KERETA HONDA
HONDA MALAYSIA ROAD TO 900,000th UNIT MILESTONE CAMPAIGN CONTEST
Ini BUKAN SCAM mahupun SPAM. Ini MEMANG BETUL-BETUL kejadian. Bukan setakat sebuah sahaja kereta JENAMA KEGILAAN RAMAI ini ingin diberikan secara PERCUMA. Malahan ada 9 buah kereta HONDA berlainan model yang korang boleh rebutkan. Antaranya Honda CR-V, Honda HR-V, Honda Civic Turbo, Honda Accord, Honda Jazz, Honda City dan Honda BR-V. KENAPA?? TAK PERCAYA??!! Rugilah kalau korang lepaskan PELUANG YANG SANGAT BERHARGA nih...
Haa Macam Mana Nak Menang??! Meh teruskan membaca...
Bersempena dengan kejayaan HONDA MALAYSIA mencapai sasaran jualan Jenama Kereta Idaman Malaya sebanyak 900,000 unit di seluruh negara pada suku ketiga tahun 2019 dan juga sebagai TANDA PENGHARGAAN kepada semua rakyat Malaysia yang telah menjadikan Honda sebagai Jenama Kereta Bukan Nasional No 1 di Malaysia, Honda Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Tealive, Unifi dan Astro Radio iaitu Syok telah melancarkan satu kempen peraduan Road To 900,000th Unit Milestone yang menawarkan hadiah berupa 9 buah kereta Honda pelbagai model terdiri daripada Honda CR-V, Honda Civic 1.5 Turbo, Honda BR-V, Honda City dan City Hybrid, Honda Jazz, Honda HR-V dan HR-V Hybrid serta tidak ketinggalan Honda Accord yang boleh direbut oleh semua warga negara Malaysia dengan hanya mengambil langkah mudah menyertai peraduan tersebut. Haa hebat ke hebat?! Giler ko tak hebat. Bukan sebuah tu, tapi ada 9 buah kesemuanya.
Kempen yang bermula pada 1 Ogos 2019 dan akan berakhir pada 22 September 2019 adalah satu langkah yang diambil oleh pihak Honda Malaysia dalam menghargai sokongan dan sebagai Tanda Terima Kasih kepada seluruh warga Malaysia yang telah memberikan sokongan berterusan sejak penubuhannya pada tahun 2002 sehingga sekarang dan menjadikan Honda Malaysia jenama kereta bukan nasional paling popular dan nombor satu untuk tiga tahun berturut-turut. Bak kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama;
Saya sangat berhasrat lebih ramai rakyat Malaysia merebut peluang menyertai peraduan ini dan tak sabar nak lihat siapakah pemenang bertuah yang akan memandu pulang model kereta yang menjadi kegilaan ramai ini
HA....SIAPA YANG LAYAK MENANG KERETA HONDA TU?
Semua warga negara Malaysia tidak kira lelaki atau perempuan, adik atau kakak atau abang, ayah atau ibu atau kedua-duanya sekali pun boleh dan saudara-mara atau kawan-kawan korang yang telah mencapai umur 17 tahun ke atas adalah layak untuk menyetai peraduan ini. TIADA HAD MAKSIMUM PENYERTAAN tapi satu orang boleh menang satu kereta saja lah. Maknanya kalau dalam family korang ada 9 orang yang telah berumur 17 tahun ke atas termasuklah korang, kesemuanya berpeluang memenangi sebuah kereta setiap seorang jika family korang benar-benar BERTUAH. Haa apa lagi, suruh ler diaorang semua hantar penyertaan. Kalau tak sertai, cakap banyak pun tak guna, habuk pun tarak. Korang cuba bayangkan eh, di sekeliling rumah korang dipenuhi oleh 9 buah kereta Honda pelbagai model. Ayah menang CRV, ibu menang HRV, Abang Long menang Civic, Kak Ngah menang City, Achik menang Accord, Uchu menang BRV, atuk menang Jazz dan nenek pulak menang City Hybrid. Habistu korang menang kereta apa? Korang menang sorak jek la sebab tak hantar penyertaan. Hahahaha!!! Sapa suruh tak hantar penyertaan??!! Hahahahaha!!!! Seronok pulak abang gelakkan korang!!!!
OOOIIIIII !!! CEPAT LAH MACAM MANA AKU NAK SERTAI NI !!!
Sebenornya lah kan, abang nak bagitahu korang satu RAHSIA BESARRRR PUNYAAA. Pssttt....pssttt...Kat Honda Malaysia cuma ada 6 buah kereta je untuk korang rebut. Laa...habis tu lagi 3 buah tu kat mana?? Haaa....baki 3 buah lagi tu korang boleh dapatkannya di Tealive, Unifi dan Syok. Maknanya peluang korang lagi cerah la nak menang kalau korang sertai kesemua 4 tempat tersebut. Oklah, ermmm...abang share lah ngan korang macam mana dan apa kereta yang korang boleh dapatkan kat Honda, Tealive, Unifi dan Syok.
HONDA MALAYSIA'S ROAD TO 900,000th UNIT MILESTONE CAMPAIGN CONTEST
Langkah 1
Korang boleh sama ada scan QR Code kat atas tu atau terus layari : www.honda.com.my/microsite/900k
Langkah 2
Korang klik la NEW ENTRY dan isikan butir-butir yang dikehendaki seperti Nama Penuh, No Kad Pengenalan, Alamat E-mail dan Nombor Telefon
Langkah 3
Klik Submit. Pastu korang semak Pengesahan yang dihantar ke alamat e-mail yang korang telah daftarkan tadi
Langkah 4
Pergi ke mana-mana Pengedar Sah Honda yang berdekatan ngan korang dan selesaikan mana-mana aktiviti di bawah untuk mendapatkan e-ticket :-
Cari lambang kereta yang tersembunyi : +1 Penyertaan
Pandu Uji Kereta Honda : +1 Penyertaan
Tempah Kereta Honda : +1 Penyertaan
Daftar Kereta Honda : +1 Penyertaan
Pemilik Honda dalam tempoh 12 Bulan (Pernah Hantar Servis) : +1 Penyertaan
Langkah 5
Masukkan e-mail Pengedar Honda
Langkah 6
E-ticket akan di e-mailkan kepada korang
Langkah 7
Korang pergi lah hadiri Grand Finale pada penghujung September 2019
Hadiah
Cabutan #1 (Minggu Ketiga Ogos 2019) : Honda Civic 1.5 Turbo
Pemenang Pertama : Mohamad Adib Fida'iy Bin Mohamad Hanapi
Cabutan #2 (Minggu Kedua September 2019) : Honda HR-V 1.8L
Pemenang Kedua : Masih Belum Dimenangi
Cabutan #3 (Untuk Pemenang Tempat Ketiga hingga Keenam - Minggu Keempat September 2019)
Pemenang Ketiga : Honda BR-V 1.5L
Pemenang Keempat : Honda City 1.5L
Pemenang Kelima : Honda CR-V 1.5L Turbo
Pemenang Keenam : Honda Accord 2.0 VTi-L
TEALIVE X HONDA
ROAD TO BREAKTHROUGH CONTEST
Tempoh Peraduan
26 Ogos 2019 - 22 September 2019
Cara-cara
1) Ambil gambar bersama-sama minuman Tealive dan Tealive X Honda : Road to Breakthrough contest standee
2) Lengkapkan slogan tidak melebihi 90 patah perkataan, "Tealive and Honda are...."
3) Whatsapp kan gambar dan slogan korang ke +60176194750 berserta Nama Penuh, No Kad Pengenalan dan Alamat E-mail korang
Hadiah
Top 3 Mingguan : Finalist Hadiah Utama
Top 30 Mingguan : Bekalan Untuk 1 Tahun Tealive dan Finalist Hadiah Utama
Hadiah Utama : Sebuah Kereta Honda Jazz 1.5L
Info Lanjut
UNIFI X HONDA
Tempoh Peraduan
21 Ogos 2019 - 20 September 2019
Cara-cara
1) Muat turun aplikasi MyUnifi sama ada daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery
2) Kemaskini Profil dan Jawab Soalan Mudah Yang Diajukan
3) Hantarkan Penyertaan Korang
Hadiah
Sebuah Honda HR-V 1.5L Hybrid
Info Lanjut
SYOK X HONDA
Tempoh Peraduan
21 Ogos 2019 - 22 September 2019
Cara-cara
1) Log masuk ke website https://syok.my atau menggunakan aplikasi Syok di telefon mudah alih
2) Isikan maklumat seperti Nama Penuh, No Kad Pengenalan, No Telefon dan E-Mail
3) Masukkan slogan "I want to win a Honda car because...."
4) 50 Slogan terbaik akan disenaraipendek untuk ke acara Penyampaian Hadiah Pemenang Utama pada 28 September 2019
Hadiah
Sebuah Honda City 1.5L Hybrid
Info Lanjut
APA KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN KERETA-KERETA HONDA NIH??!
Abang rasa sangat-sangat bertuah kerana telah terpilih untuk memandu-uji bukan setakat SEBUAH sahaja malahan TIGA BUAH kereta Honda berlainan model di atas jalanraya dari Johor Bahru ke Batu Pahat dan kembali semula ke Johor Bahru iaitu kira-kira 300 - 400 km jauhnya.
Peluang merasai sendiri memandu Honda CR-V 1.5L Vtec Turbo, Honda HR-V 1.5 Hybrid dan Honda Civic 1.5T memang suatu pengalaman yang sangat-sangat menakjubkan. Keterujaan dan keseronokan memandunya masih lagi terasa hingga kini. Ketiga-tiga model ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri dan pengalaman memandu yang berbeza dari setiap model Honda ini memang dapat dirasai dan sukar untuk diungkapkan melalui kata-kata. Korang memang kena cuba sendiri baru korang dapat merasai apa yang abang rasa.
HONDA CR-V 1.5L VTEC TURBO
Antara 3 model kereta Honda yang abang pandu, Honda CR-V 1.5L Vtec Turbo ni adalah kereta yang abang paling suka dan paling seronok memandunya. Nak tahu kenapa?
1. Rekabentuk Yang Cantik Dan Bergaya
Dari segi luarannya, selain daripada bentuknya yang cantik dan bergaya yang dihiasi dengan bar krom yang lebih besar pada gril atas yang dilengkapi dengan lampu utama projektor dinamik (LED) bagi lampu nyalaan siang, isyarat membelok, lampu belakang dan lampu brek, rim 18 inci, dua corong tip ekzos krom, ianya juga dilengkapi dengan pengesan untuk mengunci pintu dengan hanya menggunakan sentuhan mudah. Butang pembuka pintu tailgate yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian ketinggian pengguna memang amat memudahkan untuk dicapai semasa membuka dan menutup pintu tailgate terutamanya bagi mereka yang rendah seperti wanita dan kanak-kanak. Ditambahkan lagi dengan ciri-ciri seperti Walk Away Auto Lock, Honda Lanewatch Camera, Auto High Beam dan Active Cornering Light menjadikannya lebih menarik dan seronok untuk dimiliki.
2. Ruang Yang Luas Dan Selesa
Ruang dalamannya dengan kapasiti 5 tempat duduk dan bukannya 7 tempat duduk menjadikan dalamannya lebih luas dan selesa dan ianya memang memenuhi citarasa kebanyakan rakyat Malaysia yang mengutamakan keselesaan dalaman daripada tempat duduk ekstra. Ruangan penyimpanan barangnya juga sangat luas iaitu 522L dan boleh dibesarkan lagi kepada 1,084L apabila tempat duduk bahagian belakang dibaringkan sepenuhnya.
3. Enjin Turbo Yang Power Tapi Jimat Minyak
Walaupun bersaiz besar, Honda CR-V ni dijana dengan enjin 1.5 liter suntikan terus pengecas turbo dengan lonjakan kuasa sebanyak 193 PS dan tork 243 Nm (2,000 - 5,000 rpm) yang dipadankan dengan transmisi CVT Earth Dream menjadikannya seronok ketika memecut dan dapat memotong kenderaan di hadapan dengan begitu mudah.
Kalau korang nak tahu, kereta ini telah diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang hanya menggunakan 7L per 100km. Memang sangat-sangat menjimatkan minyak. Haa jadi korang tak perlu risau lah kalau nak pakai SUV lepas nih. Abang memang syorkan sangat model nih. Amacam??!
4. Honda Sensing
Apa yang abang paling suka tentang Honda CR-V 1.5L Vtec Turbo ni kan, ianya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan aktif Honda Sensing termasuk ler Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Low Speed Follow (LSF), Collision Mitigation Braking System (CMBS) dengan Forward Collision Warning (FCW), Lane Keeping Assist System (LKAS), Lane Departure Warning (LDW) dan juga Road Departure Mitigation (RDM). Fuhhh...dahsyat!!!
Ciri-ciri keselamatan lain pulak, ada 6 beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA) dengan Agile Handling Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), ABS dan EBD dan tidak ketinggalan kamera undur pelbagai sudut. Haa...jenuh abang nak senaraikan ciri-ciri keselamatan dia wakkk!!!
HONDA HR-V 1.5L HYBRID
Kereta kedua yang abang berpeluang untuk pandu sendiri ialah Honda HR-V 1.5L Hybrid. Haa kereta ni saiz dia kecil sedikit daripada Honda CR-V. Pada pendapat abang, mungkin ianya lebih sesuai untuk pemandu wanita dan golongan remaja. Kalau golongan abang-abang dan bapak-bapak tu model CR-V nampak lebih sepadan dengan mereka. Tapi tu pendapat peribadi abang jek la. Sebenarnya tak kisah pun korang nak pilih kereta yang mana satu. Kalau bajet korang rendah sedikit, adalah lebih baik korang ambil HR-V 1.5L Hybrid ni sebab harga dia lebih murah berbanding CR-V.
Tapi kan, kan, kannn, apa yang menarik minat abang terhadap Honda HR-V 1.5L Hybrid ni kan, masa mula-mula abang masuk saja ke dalam kereta ni, pastu abang duduk di seat pemandu, abang rasa 'WOW' sangat. Haa nak tahu kenapa? Seat dia rasa seolah-olah macam memegang badan abang dan mengalu-alukan abang untuk memandu-ujinya. Ibaratnya seperti 'fit to body'. Haa gitu!!! Tetiba terus terdetik kat hati, "ehh bestnya kereta ni".
Satu lagi apa yang abang suka...nak tahu apa??!
Haa tu haa...tombol gear dia wakkk!! Chomel sangat...Pastu kan, siap ada butang 'sport'. Kalau korang aktifkan jek butang tu, memang mencanak-canak lah kereta ni pergi dia. Power giler, macam bawak kereta sport wa cakap lu! Syok habis! Nyesal pulak cakap kereta ni tak best. Bila dah pandu sendiri baru ler tau betapa hebatnya Honda HR-V 1.5L Hybrid nih...
Korang tengok lah kat meter dia tu, belah kiri ada tulis 'Power' ngan 'Charge'. Bila korang tekan minyak lebih dan meter akan menunjukkan 'Power'. Maksudnya korang menggunakan minyak dan bateri lithium-ion secara bergabung sebagai sumber kuasa. Kalau korang tekan pedal minyak sikit-sikit jek, lampu kat bahagian 'Charge' pula akan menyala. Haa tu maksudnya bateri tersebut sedang dicas. Risau bateri cepat habis dan rosak? Honda bagi jaminan 8 tahun untuk bateri tersebut wakkk!!. So, takyah pening-pening nak fikir fasal bateri nih.
Ini lah perbezaan kereta Hybrid dengan kereta bukan Hybrid. Unit enjinnya mampu menghasilkan kuasa sebanyak 132 PS pada 6,000 rpm dan tork 156 Nm pada 6,600 rpm. Disebabkan model Hybrid ni dibantu oleh jana kuasa moto elektrik, ianya boleh mencapai sehingga 152 PS dan 190 Nm tork yang menyamai kuasa yang dihasilkan oleh enjin 2.0L. Secara tak langsung, HR-V 1.5L Hybrid ni mengatasi kelajuan HR-V 1.8L. Haa...hebat tak?!
Penggunaan transmisi klac berkembar (DCT) dengan 7-kelajuan memberikan responsif yang lebih pantas dan pertukaran gear yang sangat lancar menjadikan pemanduan kita sangat seronok sebab boleh cilok-cilok dengan pantas.
Ruang dalam takyah cerita pun takpe sebab Honda memang mengutamakan keselesaan penumpang. Korang boleh duduk dengan selesa ke mana jua destinasi yang dituju.
HONDA CIVIC 1.5 Turbo
Abang rasa, kalau nak cakap fasal Honda Civic ni, kebanyakan dari kita memang ramai giler yang minat kat Honda Civic tak kira lah varian yang mana satu pun. Dari zaman dolu-dolu sampai sekarang, Honda Civic memang selalu menjadi kegilaan ramai terutamanya anak-anak muda. Malahan, ramai juga golongan yang tak berapa muda ni minat sangat kat Honda Civic...kan kan kannnn??!! Selain daripada rekabentuknya yang cantik, 'smart' dan ranggi, performance nya memang takyah dah nak dipertikaikan lagi.
Honda Civic 1.5 Turbo ni mampu menghasilkan kuasa 171 PS pada 5,500 rpm dan 220 Nm tork pada 1,700 hingga 5,500 rpm. Hanya mengambil masa sepantas 8.2 saat sahaja untuk pecutan 0 - 100 kmj. Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti 6 beg udara, VSA, ESS, HSA, ABS, EBD, BA dan ISOFIX.
Rekaan dalamannya tampak kemas dan ranggi yang dilengkapi dengan paparan audio 7 inci ini yang menyokong sambungan ke Apple CarPlay dan Android Auto memang senantiasa pandai mengambil hati orang ramai terutamanya golongan anak-anak muda. Mempunyai sistem penghawa dingin di bahagian belakang juga merupakan salah satu tarikan bagi pasaran rakyat Malaysia yang bercuaca panas membara nih. kih kih kih!
Paling menarik adalah kita boleh menghidupkan enjin dan penghawa dingin hanya dengan menggunakan alat kawalan jauh dalam lingkungan 40 meter tanpa perlu membuka pintu kenderaan. Abang memang sangat-sangat suka ciri yang ni sebab kalau pepagi sebelum gi kerja tu takyah la nak bersusah-payah masuk dalam kereta untuk hidupkan enjin then keluar semula dari kereta untuk bersarapan atau sambung bersiap sementara tunggu enjin kereta panas. Memang menjimatkan masa.
Untuk maklumat lanjut mengenai kereta-kereta Honda nih, korang takyah la segan silu untuk ke:-
Ok korang, jumpa lagi!

sumber : www.honda.com.my |

28 Comments
Alamak.. Nak kena try gini. Mana tau rejeki aii.. Aummm.
ReplyDeleteAuummm
DeleteYa ampun.. Hadiahnya lumayan seyh..!! Kena kasitau kengkawan ni
ReplyDeleteThanks PakYa inform kita
Sama-sama. Jangan lupa hantar penyertaan
DeleteNasib baik blum terlepas date line.
ReplyDeleteMasih ada masa ni. Boleh hantar seberapa banyak penyertaan yang kita suka
DeleteMari kita cuba jaya .Seronok .dapat menang beronok ronok .hahahaha
ReplyDeleteJangan lupa kalau dah menang nanti lanjer naik kete baru
Deletehuh.. leh try ni..!!! harap sangkut ler kali ni..
ReplyDeleteAamiin. Moga Bamhoq menang
DeleteWow kaki contest wajib join NIE. Hadiah besar
ReplyDeleteRugi tak join. Senang sangat nak participate
DeleteSempat lagi kalau nak join ni. Doakan sis memang salah sebuah kereta tu ya.
ReplyDeleteHaa masih sempat ni. All the best. Dah menang nanti jangan lupa lanjer
DeleteHadiah kereta tu..tak mampu nak tolak contest ni. Mana tahu ada rezeki menang kereta.
ReplyDeleteCepat-cepat Yaya hantar penyertaan. Masih ada masa lagi ni nak menang. Ada 8 buah lagi yang masih belum dimenangi
DeleteNak cari tealive la lepas ni. Hehe.
ReplyDeleteJemput join giveaway ye :)
https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1
haa cepat-cepat. Dah nak dekat tarikh tutup penyertaan ni
Deletemudah jer syarat dia ekkk. Besar ni peluang nak menang..ehehe.
ReplyDeleteAda tinggal 8 buah kereta Honda yang masih belum dimenangi
DeleteNak try kakak menang HONDA lah.
ReplyDeletemak aihh..honda tu..menarik giler..cantik kereta dia
ReplyDeleteMenarik contest ni, mana le tahu ada rezki, dapat Honda Hybrid
ReplyDeletewohaaa! hadiah gempak..
ReplyDeleteTapi...xde Honda, X layan Tealive, x subscribe Unifi dan x tahu pun apa itu Syok?hahahaha...
Cuma perlu scan barcode Honda tu pastu register nama, pastu pergi ke Honda showroom, snap emblem then test drive mana-mana kereta Honda. Haa, dah leh submit 2 penyertaan sekaligus. Mana lah tahu rezeki dapat kereta Honda dengan buat 2 perkara tu saja. Sama macam pemenang cabutan pertama yang menang Honda Civic 1.5T tuhari
DeleteSyoknyaaa tapi tak reti drive sobss
ReplyDeleteWahhh bestnya, hadiah lumayan!
ReplyDeletewah! kena join ni.. mana tau ada rejeki..
ReplyDelete