LANGKAWI TOUR PACKAGE




Cuti panjang persekolahan dah nak bermula ni. Korang dah buat perancangan nak bercuti ke mana ke? Tentu anak-anak teruja sangat nak menghabiskan saat-saat bersama keluarga selepas penat diaorang struggle dari awal tahun tuhari kan. Aku pasti, korang sebagai mak bapak pun teruja sama sebab masa ni lah korang dapat menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Mesti ramai antara korang yang simpan cuti banyak-banyak dari awal tahun tuhari semata-mata nak tunggu penghujung tahun ni kan. Haa...aku pun sama jugak macam korang.

Aku ingat tahun ni kitaorang sekeluarga nak bercuti di dalam Malaysia saja. Aku dengan wife dah rancang nak bercuti ke Langkawi. Kitaorang pun dah terlalu lama rasanya tak ke Langkawi. Kalau tak silap kali terakhir kami ke Langkawi 5 atau 6 tahun dulu. Tentu sekarang dah banyak perubahan kat Langkawi nun sana. Masa kami pergi tu, anak-anak pun masih kecil lagi. Ntah-ntah diaorang pun dah tak ingat macam mana percutian terakhir diaorang ke Langkawi 6 tahun dulu. Tapi kami belum beritahu anak-anak lagi. Kononnya nak bagi kejutan...haa gitu! Mesti diaorang seronok.



Korang tahu tak, Traveloka sekarang ada buat pakej kombo flight + hotel. Maksudnya korang boleh buat tempahan tiket penerbangan dengan penginapan sekali dalam satu masa. Semasa korang pilih tarikh penerbangan tu, korang boleh terus pilih tempat penginapan korang sekali. Haa...amacam? Senang ke senang? Aku dah mula buka website Traveloka ni nak cari tarikh yang paling sesuai nak pergi ke Langkawi. Pastu nak pilih hotel mana yang aku rasa menarik dan harga yang berpatutan mengikut bajet aku. Kalau dapat tiket penerbangan dan bilik hotel dengan harga murah, dapatlah nanti shopping lebih kat Langkawi, ye tak?


Nampaknya nasib aku memang bertuah lah. Kebetulan Traveloka sedang membuat promosi 'Berdua Lebih Baik, Beli Sama-Sama, Jimat Sama-Sama. Beli tiket Penerbangan + Hotel boleh dapat diskaun 15% dengan diskaun maksimum sehingga RM 70 dalam satu ID Tempahan. Wahh! Memang jimat sangat nih. Tapi korang kena buat tempahan antara 15 Oktober - 15 November 2018 untuk penerbangan bila-bila masa. Haa, ada masa lagi ni untuk dapatkan diskaun ni.


Terma dan Syarat untuk dapatkan diskaun 15% ni :

  • Promosi diskaun 15% untuk tempahan penerbangan + hotel dengan diskaun maksimum MYR 70 dalam satu ID Tempahan
  • Untuk tempahan penerbangan + hotel, kod kupon hanya sah dengan transaksi minimum RM 400.00
  • Sah untuk semua tempoh perjalanan dan penerbangan kecuali Air Asia.
  • Sah untuk semua hotel, jenis bilik dan tempoh penginapan
  • Sah untuk semua penerbangan dengan Malaysia sebagai negara pelepasan atau ketibaan
  • Sah untuk satu kali penggunaan dalam tempoh promosi
  • Diskaun sah untuk tempahan yang dilakukan menerusi laman web Traveloka, laman mudah alih dan Traveloka App versi minimum 2.15.0 (Android/iOS)
  • Promosi ini tidak boleh digabungkan dengan promosi lain
  • Promosi ini hanya sah untuk transaksi yang dilakukan dalam MYR
  • Tempah dari : 15 Oktober - 15 November 2018
  • Tempoh penginapan :  Bila-bila masa
  • Terma dan syarat lain adalah mengikut terma dan syarat bagi kod kupon di halaman ini.



Cara Menempah Penerbangan + Hotel di Traveloka :
  1. Cari Penerbangan + Hotel : Haa...pertama sekali korang buatlah carian. Masukkan destinasi, tarikh perjalanan dan tempoh penginapan yang korang nak.
  2. Pilih Kombinasi : Kat halaman hasil carian tu, korang pilih kombinasi Penerbangan + Hotel yang korang nak
  3. Ubah Kombinasi : Kalau korang nak ubah kombinasi, tekan je UBAH pada penerbangan kalau korang gunakan Traveloka App. Kalau korang gunakan laman web, cuma klik UBAH BILIK atau UBAH PENERBANGAN.
  4. Tempah Penerbangan + Hotel : Korang semaklah ringkasan perjalanan dan klik PILIH untuk teruskan. Isi butiran penempah dan pelancong. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat.
  5. Pembayaran : Korang pilih kaedah pembayaran yang menjadi pilihan korang. Setelah bayaran berjaya, e-tiket dan baucer akan dihantar ke email yang telah korang daftarkan dalam tempoh masa 60 minit.




Haaa...AMACAM??! Senang je kan kalau kita gunakan website atau apps Traveloka ni kan. Dah lah mudah, pastu ada pulak diskaun 15%. Jangan lambat-lambat. Dah boleh mula buat tempahan sekarang sebelum tempoh promosi berakhir 15 November 2018. Nanti melopong pulak korang kalau tiket penerbangan dan penginapan semua fully booked. Jangan geget jari pulak. Kesian kat anak-anak nak gi melancong tu. Jom cepat tengok Langkawi Tour Package ni.

Oklah, aku nak buat tempahan sekarang jugak. Bukannya apa, lambat karang melepas!

Selamat Bercuti korang! Have fun and take care! Chow!

Post a Comment

11 Comments

  1. Murah dan berbaloi sangat dah ni..tiap 2 tahun sekali mesti nak ke Langkawi . Banyak lokasi menarik untuk diterokai di sana..

    ReplyDelete
  2. Dah kama tak cuti cuti Malaysia kat Langkawi. Suka pi sana. Cantik dan murah!
    Nak usha laaaa Traveloka nanti nak pi Langkawi

    ReplyDelete
  3. Wow! Pakej Langkawi! Tempat bercuti yang menarik tu!

    ReplyDelete
  4. ada plan nak cuti dekat langkawi..traveloka memang bgus pernh tempah hotel guna ni

    ReplyDelete
  5. Saya suka bercuti ke Langkawi, lagi² ada promosi dari Traveloka ni.

    ReplyDelete
  6. wow.. berbaloi betul nie pakya.. jimat

    ReplyDelete
  7. Hujung thn ni sempt beli lagi ke yer

    ReplyDelete
  8. wah, huda pun nak pergi langkawi jugak cuti sekolah hujung tahun ni. ada promosi best dari Traveloka ni! Menarik!

    ReplyDelete
  9. baru balik dari langkawi..mmg best

    ReplyDelete
  10. dah lama tak gi langkawi ....tawaran menarik dari traveloka ....

    ReplyDelete
  11. Memang duk plan nak pi langkawi laa ni..tgh duk ushar2 Traveloka gak ni

    ReplyDelete