HARI RAYA AIDILFITRI - SAAT MANIS BERSAMA KELUARGA TERCINTA




"Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan"

Assalamualaikum guys. Haaa sedar tak sedar kita dah sampai pun ke Bulan Syawal. Korang yang berpuasa penuh tu Alhamdulillah dan tahniah aku ucapkan. Korang yang tak dapat nak berpuasa penuh tu jangan risau InsyaAllah tahun depan boleh cuba lagi. Jangan sengaja ngelat tak nak puasa dah laa. Pastu boleh pulak pegi join 'geng plastik hitam'. Hukhukhuk...Please don’t do like that aaa!!
Selepas berpuasa sebulan mesti laa kita raikan hari kemenangan kita, dengan erti kata lain RAYAAA!!! Eleh ingat aku tak tahu, korang yang puasa tak penuh pon sibuk nak raya kan?? Mesti laa raya kan setahun sekali. Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia tak kira bangsa. Hari Raya Aidilfitri jugak dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran. Hari raya ni laa kita nak berkumpul dengan ahli keluarga, sepupu-sepapat dan rakan-rakan. Bak kata orang yang mana bertahun tak jumpa tu time raya laa baru dapat melepaskan rindu.





Bila raya mesti dalam kepala korang semua dah set baju baru, kasut baru, handbag baru dan segalanya laaa nak baru. Sama laa macam aku pon. Hehehe...Setiap tahun mesti ada banyak fesyen baru yang dikeluarkan dan ada banyak jenis rekaan baju-baju tradisi. Tapi ingat, nak shopping tu kena laaa ukur baju di badan sendiri dulu. Jangan ada yang sampai raya tahun depan pon tak habis lagi bayar hutang raya tahun ni. Membazir itu amalan syaiton. Bulan puasa ni syaiton dah kena ikat so kalau membazir jugak pandai-pandai laa korang fikir siapa yang syaiton sebenarnya.



Tapi ada lagi benda yang paling best bila hari raya ni. Haaa cer teka apa?? Hikhikhik...Betol!! Mesti laa juadah atau pon hidangan pada hari raya. Boleh atoq kot dari pagi sampai ke malam rumah mana yang nak kena serbu dulu. Makanan wajib time rasa mesti la ketupat dan rendang. Kan dah ada dalam lagu. Selain dari tu of course lemang dan kuih-muih tradisi seperti kuih bangkit, bahulu dan karas. Boleh dikatakan setiap rumah akan menyediakan juadah istimewa pada hari raya. Mana dengan nasi daging, laksa, satay, biskut-biskut raya yang banyak jenis tu. Yummmeh!! Sebab tu kalau sebulan puasa kurus sikit tapi lepas first day raya terus berat badan naik balik kaw-kaw. OMG!





Ada lagi yang lagi best time raya ni, bila semua sedara-mara balik ke kampung. Masa tu boleh tengok betapa meriahnya hari raya keluarga tu. Orang putih kata the more the merrier. Opss, terspeaking London pulak. Kadang-kadang sampai ada yang kena tidoq kat tangga sebab semua tempat kat dalam rumah dah penuh. Bukan tu saja, bila time nak masak mesti kena masak dalam kuantiti yang banyak. Ye la kalau dah bila penguhuni pon dah memenuhi ruang mesti laa nak kena masak banyak-banyak. Time tu laa paling best sebab kita buat kerja bergotong-royong dan tolong sesama sendiri. Mana yang ambik tugas memasak kat dapur, yang tolong pasang pelita, yang kena kemas halaman dan tak lupa jugak yang hanya mengarah itu ini pon ada jugak.





Lagi satu, masa hari raya yang terpaling sangat happy mesti laa kanak-kanak. Bangun-bangun pagi dah pikiaq nak pi kutip duit raya kat mana dulu. Ye laa time aku kecik-kecik pon dulu macam tu jugak. Sanggup berjalan dari satu rumah ke satu rumah. Kadang-kadang dah kenyang sangat pon terpaksa buat-buat makan jugak sebabnya tuan rumah tu awal-awal dah warning “Haaa sapa tak makan tak dapat duit raya” hahaha. Nampak tak permainan dia win-win situation. Dia paksa kita makan nanti makanan dia tak habis then kita pon makan la sebab nak dapat duit raya punya fasal. Hikhikhik !!! Tu cerita masa zaman kanak-kanak dulu la, sekarang tak dah. Aku pulak tunggu budak-budak datang rumah tapi masih menggunakan permainan yang sama iaitu “Tak makan tak dapat duit raya”.
Sebenarnya time raya ni diorang nak perbanyakkan amalan bersedekah, niat tu penting. Tapi biasa la budak-budak, diorang mana tahu pikio lagi. Yang penting seronok dapat berjalan ramai-ramai. Sebab nanti tu la kenangan yang boleh diceritakan kat anak cucu. Semoga Raya Aidilfitri 2018 ni menjadi kenangan paling terindah dalam hidup korang.

Post a Comment

15 Comments

  1. salam aidilfitri.. meriah sambutan tengok gambar2 raya yang dikongsikan =)

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri.. seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai kan..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya pakya! Eyqa nie dari dulu sampai sekarang paling excited bab kutip duit raya walaupun sekarang dah masuk musim kena bagi duit raya kepada budak-budak pulak. Zzzzzzz!

    ReplyDelete
  4. Seronok dapat kumpul ramai² time raya ni, barulah meriah kan?

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya Pakya.. Meriah raya Pakya..

    ReplyDelete
  6. time raya memang best ....kan kan...hikhikhik

    ReplyDelete
  7. syoknya raya dia. Betul betul happening ni..

    ReplyDelete
  8. Bila dapat berkumpul macamni memang seronok lebih-lebih lagi kalau semuanya rajin dan sporting.. selamat hari raya

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya pakya.. maaf zahir batin.meriah raya bila kumpul dengan family jauh dan dekat

    ReplyDelete
  10. Masa rayalah kite paling happy sebab dapat berkumpul dengan keluarga

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya pakya..maaf zahir & batin...0-0..:)

    ReplyDelete
  12. Salah satu keseronokan hari raya bila dapat berkumpul beramai - ramai kan..

    ReplyDelete
  13. Bestnya berkumpul ramai² bila raya, rindu nak havoc² dengan pakcik makcik cousin anak buah semua....

    ReplyDelete
  14. Raya memang best, dapat berkumpul ahli keluarga, dapat berjumpa sanak saudara..masa ni la nak bergurau senda..

    ReplyDelete
  15. perayaan nombor 1 di Malaysia.
    beruntung betul kita dpt feel dan moment palinh indah di hari raya.

    ReplyDelete