Sudah lebih dua minggu kerja-kerja mengemas dan memunggah barang-barang pindah pejabat dilaksanakan. Penatnya nauzubillah. Badan dah macam kain buruk...lembik je. Semuanya kena buat sendiri. Kedekut sangat nak upah kontraktor uruskan kerja-kerja angkut mengangkut ni. Kerja-kerja harian sudah lama tertangguh, sudah bertimbun-timbun.
Sepatutnya kerja-kerja perpindahan pejabat dilakukan dengan perancangan yang betul dan teratur supaya tidak mengganggu tugas-tugas harian. Keadaan tempat baru yang akan diduduki mestilah telah siap sedia termasuk 'networking', talian telefon, fax, internet dan sebagainya. Bukan main terjah sahaja nak pindah 'done done' tu juga. Sudahnya sehingga sekarang, talian telefon, 'networking', fax masih tidak berfungsi lagi. Kontraktor masih lagi membuat kerja-kerja ubahsuai dengan kami yang telah berpindah masuk. Bak kata orang, "Rumah Siap Pahat Masih Berbunyi".

0 Comments