Eyja harini tidak sihat. Demam, selsema, cirit-birit dan muntah. Papa ambil cuti untuk jaga dia. Papa masakkan bubur, bagi dia makan ubat dan teman dia di rumah. Seharian habiskan masa dengan Eyja. Alhamdulillah, sebelah petang dah nampak perubahannya. Sebelah malam dah mula beransur sembuh tapi kurang selera makan. Nak makan tapi takut sakit perut dia kata. Hanya makan bubur putih kosong. Kasihan dia.
Sebelah malam, agaknya bila sudah rasa agak pulih, Eyja mengajak Papa menonton Spiderman. Mungkin rasa bosan duduk di rumah asyik buang air dan muntah sehingga badan pun tidak bermaya. Papa ikutkan sahaja kehendak dia. Papa terus buat tempahan dan beli tiket online. Kami pergi menonton pukul 10.10 malam. Nasib baik ceritanya ‘best’. Selalunya kalau menonton waktu malam macam ni Papa akan terlelap beberapa kali tapi cerita Spiderman ni Papa bertahan dari mula sampai habis. Hehehe...
0 Comments