Hari Sabtu Pun Tak Dapat Berehat Huargghhh


Pagi-pagi hari sudah kena bangun untuk menghantar Eyja ke sekolah agama Darjah Khas. Ingatkan cuti-cuti hari Sabtu dapat lah 'melengkar' lama sedikit di tempat tidur. Johor memang ada keunikannya terhadap sekolah agama yang dipanggil 'Darjah Khas' di mana sekolahnya hanya sekali dalam seminggu dan setiap hari Sabtu sahaja. Darjah Khas ni adalah lepasan daripada enam tahun bersekolah agama (Darjah 1 - 6). Itupun jika lulus setiap peperiksaan kelayakan naik kelas setiap tahun. Ada juga pelajar yang mengambil masa lebih 6 tahun untuk menghabiskan Darjah 1 - 6 disebabkan gagal dalam peperiksaan kenaikan kelas. Ada juga yang tidak sampai Darjah 6 pun sebab 'give-up' tidak naik kelas selama beberapa tahun. Ramai juga yang berhenti separuh jalan sahaja kerana tidak tahan akan cabarannya bersekolah sehingga lewat petang di samping bersekolah rendah dan menengah yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti tu. Akhirnya mereka tidak menghabiskan sekolah agama sehingga ke Darjah Khas.

Selepas menghantar Eyja ke sekolah, Papa dan Mommy tidak terus pulang ke rumah. Kami singgah bersarapan di kedai berdua sahaja. Selesai bersarapan kami terus ke pasar untuk mencari barang dapur seperti ayam, itik, lembu, kambing (habis satu reban), ikan, sayur-sayuran, bawang putih, bawang merah, lada merah, lada hijau, kentang bulat, kentang bujur, kentang putar, kentang goreng, kintang kintung (ehhh) dan segala-mala lah untuk stok seminggu. Nanti senang bila nak masak, barang-barang sudah ada. Tak perlu lah asyik nak berulang-alik ke kedai (letih tau tak!).

Kemudian kami pulang ke rumah. Sesampai di rumah masing-masing dengan peranan masing-masing. Mommy terus ke bilik air untuk membasuh baju. Papa, macam biasa la, terus ke dapur untuk membersihkan barang-barang yang kami bershopping sakan tadi tu. Tidak lama kemudian, terdengar la bunyi prrrr prrrrr prrrrr dari tingkat atas rumah. Haa...enjin pembersih hampagas dah berbunyi la tu. Selesai membersihkan segala ayam, itik, kambing, kibas (ehh kibas pun ada?), Papa ke ruang tamu. Ingatkan nak rileks sekejap, hurmmm takde maknanye, dari jauh dah dengar suara Mommy, "Papa tolong jemurkan baju...!" Muahaha...

Ingatkan setelah habis menjemur pakaian, dah boleh la melepak-lepak depan tv, ehh jangan haraplah, tengok baju-baju dua hari lepas yang baru diangkat di ampaian dah berlonggok atas sofa sebab selama dua hari hujan berturut-turut, baju pun lambat kering. Haa apa lagi, dengan duduk bersimpuh ala-ala sopan dan menyanyi lagu "Duhai bondaku...duhai bondaku....si ikan kalui..." Papa pun mula lah melipat pakaian tersebut satu persatu sehingga selesai.

Mommy pulak, setelah selesai mem'vacuum' rumah terus ke dapur untuk masak. Sekejap lagi Eyja pulang dari sekolah nak makan. Hari ni Mommy masak kari ikan kembong (Papa suka sebut ikan keembong, ala ala macam bunga keembong gitu), ayam goreng enam ketul dan sayur goreng. Lauk simple-simple sahaja sebab Eyja bukannya suka makan lauk pelik-pelik pun. Harini abang Anteng balik berhujung minggu tapi satu malam sahaja. Ahad pulang semula ke kampus. 

Post a Comment

0 Comments