Hantar Big Brother Gunting Rambut


Abang Anteng sampai JB lebih kurang pukul 4 petang semalam. Kemudian kami berempat (Papa, Mommy, Eyja dan Abang Anteng) ke 'open house' rakan Mommy. Ada beberapa buah rumah juga yang buat Rumah Terbuka Hari Raya tapi kami tidak dapat mengunjungi kesemuanya. Kami pulang ke rumah pun sudah lebih kurang pukul 10.00 malam. Kemudian abang Anteng bagitahu mahu gunting rambut. Kami singgah di 'barber' kesukaan abang Anteng tetapi ramai pelanggan pula waktu itu. Disebabkan tidak mahu menunggu lama ditambah pula Eyja bersekolah esok hari, akhirnya kami mengambil keputusan untuk pulang dahulu ke rumah.

Sampai di rumah, rehat sebentar dan abang Anteng macam biasa la, mencari nasi untuk makan malam sebab katanya makan di rumah terbuka tidak puas sangat. Biasa la, kadangkala menu rumah terbuka ni ada yang tidak memenuhi sangat selera anak-anak. Eyja pun cuma setakat minum air dan makan buah sahaja sebab katanya perutnya masih lagi sakit. Hendak makan macam-macam nanti takut akan jadi lebih teruk.

Lebih kurang pukul 11.00 malam, kami keluar semula menuju ke kedai gunting rambut. Kali ni hanya Papa dan abang Anteng berdua sahaja. Dapat lah menghabiskan masa berdua walaupun sekejap. Tengahari nanti abang Anteng akan pulang semula ke Kuala Lumpur, Papa pula sudah berada di pejabat sejak dari pagi lagi. Tunggu abang Anteng pulang ke JB lagi baru dapat berjumpa.

Lebih kurang setengah jam juga lah menunggu baru giliran abang Anteng. Papa cuma temankan sahaja. Selesai urusan gunting rambut lepas tu pulang ke rumah. Sampai di rumah pun sudah pukul 12 lebih tengah malam. Huhuhu...

Post a Comment

0 Comments