Malam tadi sedang syok2 update layout blog tetiba dapat satu panggilan dari seorang wanita yang kita namakan dia 'Puan L'. Perbualannya begini;
Puan L : Assalamualaikum, ni Papa Amyzal ke?
Papa : Waalaikumussalam, aah betul. Ada apa Puan.
Puan L : Nama saya Puan L. Saya dapat tahu Papa ada menjual Kopi Badang ya?
Papa : Betul Puan. Puan berminat ke?
Puan L : Ya saya. Boleh tak saya nak order 6 kotak? Sekejap lagi saya ambil ya.
Papa : Boleh Puan. Terima kasih.
Masa Puan L ni call, jam di handphone dah pukul 11.34 malam. Kalau time2 macam ni mana ada lagi kedai yang buka selepas pukul 10.00 pm kan melainkan kedai2 24 jam. Tapi sebab customer telefon bermakna customer tu memang mengharap. So, tak jadi isu asalkan customer puas hati dengan service yang kita bagi. Urusan dengan Puan L selesai lebih kurang pukul 12 lebih tengah malam. Kata Puan L lagi, dia akan tolong promote kan pada member2 dia nanti. Alhamdulillah, syukur atas rezeki mu Ya Allah.
0 Comments