![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBs0-NYXl3CHix5w_8Ubb0JO_pWnXtzI9YI2K3tMQ6hnUSib3XOpYKafMG_ezJcEQEyMLHhBv6O1FIW57XXmt9VJyCMoZLBljlh3ztz-tlkvfpxjoEYJGFZFj_lnJqIi994LNyPA/s400/300920081426.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiPmOIP1__FF4G4iZMZAFoujZNF1gSWFQ8-AK4PDvSeiGDLbYs1aDZoTMdahuAPKs58A0t_uW-iNOE6Nyp5yC2FPnCaH70Qv6DWWo2_SeOXxKTocqb1JdVMCXU0OOZOCfuYh4gsw/s400/300920081428.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjak71S2cPIatNUaYDFPhug1qdyyB29fG-dQoZMbBej0gMwAUgBflDmTicIi1gByPKr1OYNn2pPXNgfnc2O8xbf6Q8xdfmWABqVBWG8cizQKcKHmtZJA9lOz-I49BPOzcGPYZJt5A/s400/300920081433.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeYmj-1jNBFSaZc1LA-tZqmhtfSza77NHHAAUsDVZYWTmnjocGsU-2PNkR1j1YguS_MIjLk8x_Jtm1L20PBN6jmq7aTQ0qxOBGNMq59GUJ6qQ-NLRvWsDJu7zNJgR9ABVCDbDzVA/s400/300920081431.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi02ozPyy_pGEKAmnkaaOqJrjpOssOYoBmpxpl8uPf9EMRWSGP-aJyh24btJfxqPHlqJdFsfX50_navXpZ6lhvfZGA9MLdmbWgqlXEWSHi3BCdicqCAsomNt26FGH3IwJNrXb44lg/s400/300920081432.jpg)
Selepas Maghrib, kami pun berbuka la poser kat rumah mak Mommy kerana rumahnya yang kami jumpa dahulu. Lagipun tahun ni memang turn rumahnya untuk kami menyambut Hari Lebaran. Tahun lalu kami dah sambut di rumah mak Papa. Kena ikut giliran lah yek!
Habis berbuka, maka bermulalah urusan mengemas dan memasak ketupat. Cian tengok Mommy, walau dalam kecapekannyer terpaksa jugak mengemas rumah. Nak harapkan adik-adiknyer yang lain, sumernyer jantan-jantan belako. Tak buleh diharap pun, ahaks! Nak tak nak, terpaksa jugak ler Mommy mengemas rumah mak dia. Papa plak tolong sket-sket jek, hehehee....
Ermm...ingatkan leh la relaks-relaks malam raya, tup tup, dapat plak call dari nenek di kampung. Mintak tolong Papa pulang segera kerana rumah nenek tak berkemas jugak. Adik-beradik Papa yang lain sumer takder. Mereka sumer akan pulang esok hari. Hahaha...ambik ko! Nak tak nak, terpaksa la kami berpecah. Mommy mengemas rumah mak dia Papa plak mengemas rumah mak Papa. Sekali tu sampai jek rumah nenek, adui la, dah la blom mengemas satu apa pun...sawang, habuk, perabot, sumer tak berusik lagi. Kerusi meja jangan cakap la, tunggang-langgang. Adik ipar Papa baru saja siapkan bilik dia yang dia renovate dah dekat setengah tahun tak siap-siap. Almaklum, dia renovate sendiri, terpaksa la tunggu ada kelapangan baru dia siapkan. Mana tak tunggang-langgang dibuatnyer rumah nenek. Wife dia plak sepanjang bulan poser sibuk dengan tempahan frozen food yang dia usahakan tu. Karipap la popia la, memacam lagi! Patut la beriya-iya call Papa suh balik tolong mengemas rumah. Aduss...sampai pukul 4 pagi pun tak siap-siap mengemas. Macam nak pengsan woo!! Last-last sampai lepas Subuh pagi Raya baru Papa balik ke rumah mak Mommy. Terkejar-kejar jugaklah sebab takut terlepas sembahyang raya. Macam pelesit Papa drive kete pepagi hari...nasib badan...ahaks! Alhamdulillah, sempat jugaklah bersembahyang raya dengan Abang di masjid...Fuhh!!!
0 Comments