Selamat Berpuasa

01.09.2008 merupakan hari pertama umat Islam seluruh negara menyambut bulan penuh barakah, iaitu bulan Ramadhan. Lebih kurang pukul 4.30 pagi Mommy mengejutkan kami semua dari tidur untuk bersahur. Untuk menyambut first day puasa ni, kami bersahur nasi panas yang baru dimasak oleh Mommy. Eja pun bangun sama untuk bersahur walaupun Eja tak berpuasa. Mungkin dia nak merasakan macam mana suasana bersahur. Abang memanglah, seperti tahun lepas dia memang berpuasa penuh sebulan. Harap-harap tahun ni dia akan berpuasa penuh juga. Mudah-mudahan.

Sebelah petang pula, kami berbuka puasa di rumah. Sepanjang bulan puasa ni, Papa akan pulang kerja pukul 4.30 petang setiap hari. Mommy pula akan pulang kerja pukul 5.00 petang. Kami akan segera pulang ke rumah kerana Mommy nak masak untuk kami berbuka bersama-sama di rumah.

Post a Comment

0 Comments