Terima hadiah perfume dari Mommy sempena hari lahir aku yang ke-36 harini. Diam tak diam dah bertambah lagi umur aku setahun, alhamdulillah. Semoga dengan bertambah lagi setahun umur aku ni, akan bertambah lagi la kematangan dan ketabahan aku dalam mengharungi liku-liku kehidupan dunia. Mudah-mudahan aku semakin bersungguh-sungguh mengumpul bekalan untuk akhirat kelak, amin ya rabbal aalamin. Terima kasih Mommy, Abang dan Eja kerana masih menyayangi diriku seadanya.
0 Comments