Eja Daftar Kumon

Selalu setiap kali antar Abang ke kelas Kumon, Eja selalu akan meluahkan perasaannya untuk belajar di kelas Kumon macam Abang jugak. Kerana dah selalu sangat Eja menyuarakan isi hatinya, maka, kadangkala tu kesian jugaklah tengokkan hajat Eja tu tak diperkenankan. Maka, setelah difikirkan masak-masak dan memandangkan tak lama lagi umur Eja akan genap 4 tahun, maka semalam semasa nak antar Abang ke kelas Kumonnya, maka kami suarakan hati kepada Eja untuk mendaftarkannya ke kelas tersebut. Ermm...apalagi bila dia dengar kami cakap nak registerkan dia, melompat-lompat ler suka. Masa daftar tu, Eja ni kira pelajar paling muda kat dalam kelas. Kebiasaannya, syarat untuk mendaftar, hanya pelajar yang dah cukup umur 4 tahun ke atas sahaja. Tapi Eja baru 3 tahun lebih. Nasib baik, pensyarah Kumon tu sedia untuk menerima Eja sebagai student. Kelas pertama Eja akan bermula pada 28 Ogos nanti. Sabar yek Eja...!

Post a Comment

0 Comments