Berkampung Di Hospital

Ayah aku dipindahkan daripada wad biasa ke wad I.C.U. Keadaan ayah memang tak bagus. Aku dah start ambik cuti daripada 1 Ogos yang lalu dan bercadang sehingga hujung minggu 10 Ogos. Iyerlah, kalo aku ambik cuti, at least orang tak leh nak marah la kalo aku skip kerja. Lagipun rutin harian aku memang padat sket sepanjang ayah di hospital ni. Lagipun aku lebih kepada menjaga ayah di hospital sebelah malam. So, sepanjang malam memang aku habiskan masa di hospital saja. Adik-beradik aku memang berkampung kat rumah aku. 

Masing-masing bergilir-gilir menjaga ayah. Ada yang jaga belah siang dan ada yang jaga belah malam. Kerja aku ambik dan antar diaorang. Ni la first time ayah masuk hospital seumur hidup dia. Adik-beradik aku sumer memang sayangkan ayah sesangat. Masing-masing tak keberatan bergilir-gilir menjaga ayah. Ibu plak, tak kira siang ker malam ker, dia bantai jek dok hospital. Kadang tu kesian gak tengokkan ibu. Iyerlah, ibu tu bukannya muda lagi. Umur pun dah 68 tahun. Tapi alhamdulillah, fizikalnyer masih kuat macam orang muda-muda. Kadang orang muda pun kalah. Cumer kami tak bagi la ibu jaga ayah di hospital sehingga jauh-jauh malam sangat. Kadang kol 2 atau 3 pagi aku akan hantar ibu pulang berehat di rumah walaupun dia enggan. Kadang tu terpaksa memujuk dan merayu gak suruh balik. Kesian ibu...

Post a Comment

0 Comments