

Sampai di hospital lebih kurang pukul 9 malam. Kami terus bawa ayah ke wad kecemasan. Cumer aku, Mommy dan ibu saja yang menghantar ayah. Ayah terus dibawa ke dalam wad kecemasan sementara kami bertiga menunggu di luar. Cukup lama kami menunggu di luar. Aku call akak aku yang nombor 2 bagitau ayah di wad kecemasan. Kira-kira pukul 12 tengah malam, dia sekeluarga datang ke hospital. Aku masih tak memberitahu adik-beradik yang lain disebabkan masih menunggu keputusan sama ada ayah akan ditahan di wad atau sebaliknya. Tak mau la nanti adik-beradik aku yang lain risau dan bimbang.
Kira-kira pukul 2.30 pagi barulah ayah dibawa keluar dari wad kecemasan untuk dihantar ke wad biasa. Selepas confirm ayah aku ditahan di wad, barulah aku memberitahu adik-beradik aku yang lain. Lagipun mereka semua di Batu Pahat. Sepanjang malam tu aku dan kakak aku yang nombor dua tu menjaga ayah di hospital. Ibu dan Mommy aku hantar pulang ke rumah kira-kira pukul 3.30 pagi.
0 Comments