Hari Jumaat selepas Maghrib kitaorang bertolak balik kampung. Saja jek nak balik nak melawat Tok Abah yang sakit. Leher Tok Abah membengkak. Dah bawa ke hospital untuk check-up. Diaorang suspect tyroid. Tapi tak sure lagi. Kesian Tok Abah sebab susah nak makan, susah nak tido, buat apa semua serba tak kena sebab menahan sakit. Mudah-mudahan Tok Abah cepat sembuh.
Hari Ahad pagi aku ke kilang minyak masak Pokda sebab nak order minyak untuk dibawa balik ke JB. Stok minyak aku pun dah abis. Nanti bila pelanggan-pelanggan nak order takut plak tak dapat nak supply. Kebetulan plak adik-beradik aku nak turun ke JB sebab ada jemputan kawin anak pakcik aku di Taman Perling. Apalagi, kitaorang sumbat ler 34 botol (5kg) kat dalam kete-kete diaorang. Nak sumbat banyak-banyak kat dalam trunk kete diaorang takut plak karang diaorang membebel-bebel marah. Mana taknyer, berat tu!!! Kete aku plak, aku sumbat ler 38 botol (5kg). Abis melendut absorber kete aku dibuatnyer. Fuhh...nasib baik ler baru tukar absorber hari Jumaat tuhari sebelum aku balik kampung. Hehehee...kete sendiri, takper la kan...! Yang penting, duit maassyyuuukkkk!!!
0 Comments