Lepas jek abis sesi penerangan insurans tu, aku terus bertolak ke Ampang Bowl, Leisure Mall sebab ada perlawanan bowling saringan Peringkat Kedua bagi pemilihan mewakili Johor untuk Sukan-sukan Jabatan Kerajaan seluruh Malaysia. Yang datang bermain pun cumer yang termasuk dalam senarai 'Top 10' jek yang telah dipilih semasa Pusingan Pertama tuhari. Hmm...power-power plak diaorang ni...ada ker chance aku dipilih sebagai 'Top 5' nih? Lepas ni, cumer 5 orang jek yang akan dipilih daripada 10 orang yang bertanding. Tak tau arrr, result pun tak dapat lagi, nanti akan diberitau kemudian. Kalo ada rezeki aku, ada la agaknyer, kalo takder, redha jek la, ye tak? Pertandingan bowling ni semalam habis pukul 11 malam. Perut aku pun dah berkeroncong. Yekla, dari petang sampai ke tengah malam, tak makan lagi. Aku call Mommy tanya ada makanan tak kat rumah, dia kata ada rendang daging, so aku terus balik rumah jek la, tak payah singgah kedai makan. Lagipun kalo makan sorang-sorang kat warung ni, bukannyer best, mati kutu takder sapa nak ajak borak-borak. Baik balik rumah terus, lagi syok!
0 Comments