Merampas Kembali Tahta

Jumaat malam tuhari cumer aku bertiga jek yang turun gelanggang bersama Along dan Angah. Nampaknyer kali ni Along yang memegang gelaran juara bertahan selama 3 minggu lalu telah tertewas di tangan Angah. Piala tersebut berpindah milik kembali kepada Angah (walaupun juara sebenar dalam permainan adalah aku, but well, seperti yang aku cakap, perebutan gelaran ini hanyalah antara Along dan Angah sajork). Nampaknyer tertewas jugaklah si Along di tangan si Angah...Kitaorang bermain sampai pukul 1 pagi. Dah takder orang lain lagi dah yang bermain masa tu, sumer dah balik. Tengok jek ler, kosong di kiri kanan kitaorang. Kesian gak la petugas-petugas kat situ terpaksa tunggu sampai permainan kitaorang tamat baru diaorang boleh balik.

Post a Comment

0 Comments