ayahanda dan bonda tercintaAnteng & Eja bergambar bersama-sama dengan atuk dan nenek dan sepupu-sepipitEja bersama Atuk dan NenekAnteng bersama Atuk dan Nenek (erm, duit raya Anteng jangan lupa yek Tok!)Bonda tersayang Papa bangga sebab Abang dah boleh berpuasa penuh. Tahun depan puasa cukup lagi tau!
Setahun sudah berlalu, kini Syawal muncul lagi. Tahun ni tiba giliran rumah Mak & Ayah aku. Petang hari terakhir berpuasa kami bertolak ke Batu Pahat setelah selesai mengemas rumah. Masa tu dah hampir pukul 5.30 petang. Kami terperangkap di dalam kesesakan lalulintas di Ayer Hitam. Ingatkan dapat ler berbuka puasa di kampung. Last-last kami berbuka dalam kereta sahaja. Itupun cumer ada gula-gula. Yang kesiannya Anteng la sebab ni first time dia berbuka dengan makan gula-gula sahaja. Kami sampai di rumah mentua aku pada pukul 7.40 malam. Selesai solat Maghrib baru la kami menjamah juadah berbuka. Lebih kurang pukul 8.30 malam baru la kami bertolak ke rumah ibu bapa aku. Tiba di sana, memang satu apa pun lagi persiapan belum dibuat. Sudahnya sepanjang malam ler kami kena bertungkus-lumus mengemas, memasang langsir dan sebagainya.
Alhamdulillah, lengkaplah ibadah berpuasa selama sebulan. Tahun ni jugak tahun yang bermakna buat Anteng kerana untuk pertama kalinya dia berpuasa cukup sebulan. Itupun setelah mengharungi berbagai dugaan buatnyer di awal-awal bulan Ramadhan. Iyerla, Anteng tu baru 8 tahun usianya. Memang la dugaan yang diterimanya lebih besar jika dibandingkan dengan orang dewasa. Namun berkat kesabarannya dan sokongan dan dorongan yang kuat dari kami berdua, akhirnya Anteng berjaya juga melengkapkan puasanya selama sebulan. Ermmm, rasanya dorongan yang paling kuat sebab aku dah menjanjikan RM 100 sebagai duit raya kalau dia berpuasa cukup sebulan. Tak kisah la, janji dia dapat belajar menahan lapar dan dahaga. Mula-mula memang ler camtu, nanti lama-lama sure dia dah dapat berdikari dan berpuasa atas kehendak dirinya sendiri tanpa memikirkan ganjaran daripada orang tuanya, ye tak?
0 Comments