Bumi Bergegar...

Kira-kira pukul 7.10 malam hari Rabu lepas, masa tu aku dan 3 orang lagi, iaitu Abang SASA, Sue dan Ida masih lagi berada di opis ngah wat kerja. Mummy pun masih buat kerja kat opis dia. Kitaorang memang kena balik lambat memasing sebab esok adalah first day poser. Johor memang cuti umum. So, kononnyer nak siapkan ler kerja-kerja yang banyak sebelum bercuti esok. Tetiba Mummy call ajak balik jam tu jugak pasal opis dia dah rasa bergegar semacam. Kebetulan masa Mummy call tu, opis kitaorang pun samer, turut bergegar dengan agak kuat jugak. Tanpa membuang masa, kitaorang pun pakat nak balik. Masa tu tak tau lagi apa yang berlaku sebenarnya. Kitaorang cumer buat andaian, mesti ada sesuatu yang buruk berlaku di negara jiran. Masa tu dalam fikiran aku, sure Indonesia ada gempa bumi sebab sebelum ni pernah terjadi benda yang samer. Nampaknyer tekaan aku betul. Bukan setakat hari Rabu sahaja, malahan pagi semalam pun ada lagi terjadi. Cumer, kali ni, jumlah korbannya tidak terlalu besar, syukurlah...Marilah kita sama-sama berdoa semoga negara kita dijauhi malapetaka sebegini, nauzubillah!

Post a Comment

0 Comments