Kategori Malaysian Rally Championship:-





Hari Jumaat malam yang lepas (10 Ogos) kena bertugas kat pelepasan acara Malaysian Rally dan FIA Asia Pacific Rally Championship 2007 bertempat di Teluk Danga, Johor Bahru. Majlis pelepasan ni telah dilakukan oleh YAM Tengku Mahkota Johor bagi menggantikan DYAM Sultan yang tidak dapat mencemar duli disebabkan ada majlis tahlil sempena Isra' Mikraj kat istana. Perlumbaan rally ni akan bermula awal pagi esoknya (Sabtu) di Kluang manakala majlis penutupnya akan diadakan pada hari Ahad di Teluk Danga. Majlis pelepasan ni berakhir lebih kurang pukul 10.30 malam. So, malam tu aktiviti kitaorang untuk main bowling terpaksa dibatalkan disebabkan kena bertugas. Lagipun nak menghormati malam Isra' Mikraj jugak kan...
0 Comments