Pagi tadi ketika aku kluar dari bilik air selepas mandi, Anteng, Eja dan Mummy dah siap sedia menunggu depan pintu tak sabar-sabar nak mengucapkan "Happy Birthday" kat aku. Anteng tak sabar-sabar nak menyerahkan kad ucapan yang direkanya sendiri sebagaimana gambar di atas. Mummy berikan hadiah sebotol minyak wangi DKNY red apple yang cute bentuknya dan aku sangat suka aromanya. Eja plak sibuk nak bersalam dan nak bagi 'kiss' tanda kasihnya. Mummy dan Anteng pun sama. So, pepagi hari aku dapat tiga ciuman dari mereka-mereka yang sangat aku sayangi. Terima kasih yang tak terhingga dari Papa untuk Mummy dan anak-anak Papa yang sangat Papa sayangi. Hari ini bertambah setahun lagi usia aku. Semoga aku diberikan kekuatan dalam menempuh kehidupan mendatang dengan penuh kesyukuran dan tawaddu' kepada Allah Yang Maha Esa, amin ya rabbal aalaamiin.
0 Comments