Bawak mummy, anteng dan eja gi tengok 'Transformers' kat GSC Leisure Mall hari minggu tuhari. Kitaorang gi menonton pukul 3.10 petang dan balik rumah dalam pukul 6 petang. Letih gak la sepanjang menonton citer tu. Mana taknyer, nak kena melayan karenah eja yang agaknya mengantuk dan letih duduk lama-lama dalam panggung. Ni la first time bawak eja menonton wayang. Selalunya memang eja tak ikut, tapi kesian plak tengok asyik kena tinggal kat umah jek. Citernyer memang ler best, banyak betul scene 'action' nyer dari awal sampai ler abis citer. Mulanya mummy tak moh tengok, dia kata citer bebudak. Tapi bila dah dalam panggung, dia plak yang excited. Lagipun ini kira hadiah untuk anteng la jugak sempena birthday dia tuhari. Paling penting nak spend time ngan anak-anak...lagipun kira ganti rugi sebab tak jadi bawak diaorang gi Melaka minggu ni.
0 Comments