Masa untuk makan ubat cacing...

Pagi tadi selepas menghantar abang gi sekolah, antar mummy gi kerja, kena bawak eja gi klinik untuk check-up sebagaimana jadual yang dah ditetapkan oleh pihak klinik. Berat badan eja pun bagus, badan pun sihat dan semakin pintar. Semasa di dalam bilik pemeriksaan, nurse menguji kepintaran eja. Apa yang ditanya semuanya dijawab dengan baik oleh eja. Mulutnya memang ler, petah sungguh. Gambar-gambar dalam buku yang ditanya oleh nurse pun dengan slumber jek eja menjawabnya. Alhamdulillah, dah semakin bijak dah Sayang Papa ni...Oh ye, last sebelum balik, eja diberi makan ubat cacing. Next appointment, enam bulan dari sekarang.

Post a Comment

0 Comments