Jom Kita Main Masak-masak

yea...sila duduk, sila duduk, eja nak masak ni...encik nak makan apa?nak mee goreng? Nak minum apa? Teh tarik ye? sebentar ye, eja tuangkan teh tarik satu cawanok, teh tarik satu...sssiiiaaappp!Nak kopi plak ye? nanti eja tuangkan...nak berapa cawan? Lima ye??
sila lah minum ye...
Tengok ler hobi anak dara aku yang sorang ni. Kalau dah namanya fomfuan, memang tak tumpah ke mana ler kuah tu kalau tak ke nasi. Macam mummy gak la, pandai masak. Kalo tak, mana ker idaknyer badan aku naik mendadak lepas jek kawin. Baik-baik pinggang 27 dah melompat 29 lepas kawin. Sebab tu ler reason utama aku pilih sayang aku tu sebagai teman hidup, dan kalau boleh sampai ke akhir hayat, itu doa aku siang dan malam. Aku terpikat kat dia dulu tu pun pasal sayang aku tu pandai memasak. Ni, kalo tengok gaya anak dara aku ni, kegemaran dia sekarang suka bermain dengan barang-barang dapur. Pinggan la, sudu la, cawan la, teko la dan apa saja lah yang berkaitan ngan barang-barang dapur ni. Bila tanya dia, "eja buat apa tu?" Nanti dia jawab, "eja ngah masak ni...". Pastu tanya lagi, "eja masak apa?". Dia pasti dengan slumber akan memberikan jawapan, "eja masak 'mawi'..." Mawi tu maksud dia ialah mee segera brand mamee (yang ada gambar mawi tu ler...). Macam-macam anak dara aku ni, tu yang buat geram bangat ngan keletah dia ni...eeee...buchukk papa ni!!!

Post a Comment

0 Comments