













Fuuyoo, macam nak runtuh rumah mak bapak aku bila semua adik-beradik, anak-anak sedara, cucu-cicit, anak-anak menantu dan anak hantu pun ada, berkumpul beramai-ramai. Mengalahkan hari raya jek. Masa raya pun selalunya susah nak dapat suasana camni sebab memasing tak balik serentak. Ada yang kena balik rumah mentua dulu lah, ada yang raya rumah sendiri dulu lah. Tu sebab family aku memang susah kalo nak berkumpul serentak. Ntah apa mimpi gaknya, malam semalam diaorang boleh planning semua balik. Pastu ada plak buat majlis makan-makan. Siap ada buat bbq wa cakap lu. Pasal nak dapat ikan-ikan segar tu memang no problem lah. Mana tidaknya, dah bapak aku kerjanya memang mencari ikan di laut. Tu la sebab kitaorang selalu dapat makan ikan segar. Dahlah tu, ikannya pun ikan mewah-mewah. Ada ikan bawal putih la, ada ikan bawal hitam, ada ikan senangin. Kalau setakat pari tu memang la berlambak. Dahtu ada udang putih yang besar-besar. Semuanya kalau dijual kat pasar memang ler mencecah beratus-ratus ringgit. Tapi selalunya mak bapak aku kalau diaorang dengar jek aku dan anak-anak aku nak balik kampung, for sure dia dah standby dalam peti sejuk, ikan-ikan dan udang-udang mewah tu untuk aku. Pada dia, tak dijual di pasar pun takper, janji dapat bagi makan kat aku dan anak-anak. Tengok ler, sayang tak mak bapak aku kat aku. Tu yang buat badan aku susah nak susut kalau lepas balik dari kampung tu. Kerjanya asyik dapat makan ikan segar-segar jek. Bertuahnyer yek...!
0 Comments