Masa Untuk 'Check-up'

Eja ngan bibik ngah tunggu giliran nak timbang berat badan


dah pandai nak timbang badan sendiri, takyah disuruh-suruh
berat badan eja naik sket...12 1/2 kg


Tengoklah tu, pensel ngan kertas ada kat tangan...ngah busy menulis

mengusik baby yang nak check-up juga. Baby tu pun sama, kerjanya mengusik eja

Seawal pukul 6.30 pagi eja dah bangun tido dan bersiap untuk ikut kami keluar bekerja. Mula-mula antar anteng gi sekolah, pastu gi breakfast dan kemudian antar mummy gi kerja. Selepas itu singgah di opis aku. Balik rumah ambik bibik dan baru pergi klinik. Eja memang suka la sebab dapat tengok abang dia gi sekolah. Bila nampak jek sekolah, mulut becoknyer tu tak berhenti-henti menyebut..."eh...sekolah!". Memang nampak di wajahnya kegembiraan bila ternampak sekolah.
Sebenarnya, hari ni adalah 'appointment' eja di klinik. Macam biasa lah, check-up. Ditanya dah pandai apa, minum susu apa, satu hari berapa oz minum susu. Pastu ada plak kena isi satu borang soal-selidik masa di klinik. Nak tengok perkembangan eja la gaknya. Ibu-ibu lain pun nampaknya kena isi juga soal-selidik yang sama. Eja plak, tau jek la sekarang ni kan dia dah pandai bercakap, mulutnyer memang becok jek la sepanjang dalam bilik tu. Pastu mintak pensel dan kertas. Nak tulis...haa tengok jek la dalam gambar-gambar kat atas tu. Nurse sibuk menulis, dia pun sibuk menulis sama. Yang best part nyer, siap nak mintak pensel dan kertas tu bawak balik. Macam-macam la eja ni...Apa-apa pun, nurse-nurse kat situ memang terhibur tengok gelagat eja. Macam-macam yang dibualkannya dengan nurse-nurse tu. Ada jek yang nak dicakap, almaklum, orang baru petah berkata-kata...
Pemeriksaan kali ni lebih singkat dari selalu. Agaknya sebab kami datang lewat sket dari biasa. Selalu seawal kol 8 kami dah sampai klinik. Hari ini kol 8.45 baru sampai. Dah ramai yang balik. Perjumpaan berakhir lebih kurang pukul 9 pagi. Kira-kira 15 minit sajork...Next appointment ialah pada 16 April 2007 (lagi 3 bulan).

Post a Comment

0 Comments