Buah Hati Pengarang Jantung

Masa yang terluang pasti tidak akan dipersiakan begitu saja. Sepanjang hari di pejabat sudah pastinya akan rasa tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah berjumpa dengan dua orang permata hati yang menyinari hidup kami ni. Walaupun masa senantiasa mencemburui kami untuk meluangkan masa dengan si comel manja berdua ini namun apa yang ada akan digunakan sepenuh dan sebaik mungkin bagi melepaskan rindu yang membara terhadap mereka. Kebiasaannya jika tidak terlalu sibuk dan banyak kerja atau tiada urusan lain di luar, kami pasti akan segera pulang ke rumah. Jika terlewat sampai, sudah pastinya kami akan kecewa dan terkilan kerana kedua mereka pasti sudah terlelap dibuat mimpi-mimpi indah yang hanya mereka saja yang mengetahuinya. Sayugia itu, sudah pasti akan kami gagahi untuk pulang segera demi menghabiskan sisa-sisa masa yang ada agar tiada hati yang terluka kerana kerinduan yang menebal di sanubari si cilik berdua ini yang setia menanti kepulangan buah hati mereka untuk memeluk, mencium dan membelai mereka sebelum mereka terlena di pangkuan kami.

Post a Comment

0 Comments