Masih boleh tersenyum selepas berkhatanhandphone tetap maintain di tangan, apa lagi, main game la tu!di rumah relax-relax selepas dikhatan. Di sebelahnya adalah sepupunya yang berumur 12 tahun
Semalam aku dan wife bawa Anteng ke klinik untuk berkhatan. Almaklum, cuti panjang. Syukur Anteng tak takut untuk dikhatankan. Giliran Anteng adalah yang kedua. Giliran pertama adalah sepupunya yang berumur 10 tahun. Manakala giliran ketiga adalah sepupu Anteng yang berumur 12 tahun. Kami tiba di klinik pada pukul 9.15 pagi tetapi pada waktu itu adalah giliran sepupunya yang pertama hendak dikhatankan. Kami cuma mendengar suara teriakan ketakutan dari dalam bilik doktor. Rupa-rupanya sepupu anteng itu takut untuk dikhatankan. Tapi kami tengok Anteng masih 'cool' lagi. Agaknya sebab kami tak pernah takut-takutkan dia untuk berkhatan. Giliran pertama mengambil masa agak lama juga disebabkan sepupunya itu terlalu takut sehingga sukar bagi doktor untuk melaksanakan tugasnya.
Apabila tiba giliran Anteng, dia dah mula rasa cemas ketika berada di dalam bilik doktor dan mula rasa takut. Agaknya apabila dia melihat keadaan sepupunya yang menangis selepas dikhatan. Tapi kami tenangkannya dan berjanji akan menghadiahkan sebuah handphone jika dia berkhatan sebagaimana yang dipinta olehnya. Syukur alhamdulillah, proses berkhatan tidak mengambil masa yang lama kerana sepanjang proses tersebut anteng betul-betul relax dan memberikan kerjasama yang baik. Sepanjang berkhatan, Anteng hanya main game jek, dan macam takder apa2 yang berlaku. Selesai dah satu perkara dan lepas ni kami dah tak risau lagi sebab dia pun dah selamat dikhatankan...Syukur...
0 Comments