















Macam ni lah sedikit gambaran suasana semasa di dalam bilik rawatan untuk berkhatan. Mulanya Anteng begitu cemas sebab di mindanya membayangkan bagaimanakah kesakitan yang bakal dirasainya. Di wajahnya terbayang perasaan takut. Di hatinya begitu risau, di mulutnya terbit kata-kata "nak balik...nak balik...". Mujurlah si ibu mencurahkan segala kasih sayangnya dan memberi kata semangat manakala si ayah menaburkan janji-janji manisnya, "kalau abang dah sunat, papa belikan handphone baru sebagai ganjarannya. Buat masa ini, abang mainlah game dalam handphone papa ni...". Hanya itu sajalah penawar yang ada untuk mengubat kerisauan dan perasaan takutnya serta untuk memberikan perangsang kepada Anteng. Akhirnya...alhamdulillah, semuanya berjalan dengan sempurna tanpa ada masalah yang tidak diingini berlaku...Dah jadi 'anak bujang' si Anteng kini...
0 Comments